Project Description

Bagaimana cara nak masak Buah Molong Warna-Warni?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Buah Molong Warna-Warni

Bagaimana cara nak masak Buah Molong Warna-Warni?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1½ cawan air 
  • 2 cawan tepung pulut 
  • Sedikit garam 
  • Pewarna hijau, merah, dan kuning 
  • 2 helai daun pandan (Dikoyak dan disimpul)
  • Bahan B (Kuah)
  • 2 cawan santan 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 sudu makan gula merah 
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut bersama garam. Gaul sehingga doh tidak melekat pada tangan. 
    2. Bahagikan tiga bahagian. Masukkan pewarna dan gaul rata. 
    3. Bentukkan bebola kecil. Buatkan semua doh sehingga habis. 
    4. Didihkan air dan masakkan sehingga doh timbul. 
    5. Apabila timbul, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air. 
    6. Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih. 
    7. Tuskan bebola tepung pulut dan masukkan ke dalam kuah santan. 
    8. Sedia dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.