Soto Tulang

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resipi dari kakak angkat yg biasa business soto..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1kg tulang lembu/kambing (boleh letak daging)- direbus
  • 1 senduk rempah soto Syarifah @ apa2 juga rempah soto pun boleh
  • Kayu manis,buah pelaga,bunga lawang
  • 1 labu bawang besar-di kisar
  • 4 ulas bawang putih- di kisar
  • Halia sebesar ibu jari- di kisar
  • 2 kiub pati ayam
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan santan
  • 2 btg serai- di ketuk
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 liter air- ikut suka
  • lontong @ mee hoon
  • Bahan sampingan utk hiasan: taugeh, daun sup, daun bawang, bawang goreng, kacang tanah & soon goreng..

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus tulang..
  2. Tumis kayu manis,bunga lawang & buah pelaga..masukkan bahan2 yg dikisar, serai & rempah soto Syarifah..
  3. Setelah naik minyak masukkan sos tiram, tomato,kuib pati ayam,garam dan masukkan tulang yg di rebus bersama air rebusannya sekali..
  4. Setelah mendidih.. masukkan santan dan didihkan lagi..
  5. Hidangkan bersama sambal kicap & begedil.. Selamat mencuba ^ _^
    Open uri20151010 29872 1p6kah8

Leave a comment