gejang

Buat peminat makanan Korea, mesti kenal dengan Gejang (게장), makanan mukbang viral Korea ini, Jeruk Ketam Bertelur Mentah.

Rasanya sedap dan tak hanyir. Namun kena perap dua hari dalam peti sejuk bahagian biasa, baru boleh dimakan.

Menurut wanita yang berkongsi resipi ini, Fienaz Shafie, dia mengolah sedikit resipi asal supaya kena dengan tekak Melayu kita.

Baca juga: Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah

“Saya tuang kuah soy sauce tu masa panas-panas, jadi ketam ni akan jadi setengah masak. Bakteria dah mati ye sebab dalam perapan tu ada acidity itu yang punca ‘masak’ ketam tu secara perapan.

Lagipun, saya tuang sos tu panas-panas dekat situ pun dah masakkan ketam tu.”

Resipi Gejang

Bahan-bahan:

Ketam
Cili padi | potong kecil
Biji bijan

Bahan Sos Perapan:

200ml kicap
Air
4 sudu besar cuka
1 sudu besar garam
1/2 cawan gula
Minyak bijan
1 biji bawang holland – dihiris
Halia (dalam 2 hiris)
Bawang putih
Cili kering
Daun bawang
1/2 biji epal – optional

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula, potong semua kaki ketam. Basuh bersih-bersih dan toskan.

2. Masukkan ketam ke dalam bekas. Tuang air soda dan garam, gaul-gaul dan bersihkan. Tos dan ketepikan.

3. Potong bawang holland, halia dan daun bawang. Untuk daun bawang ni, ambil bahagian yang putih sahaja ye.

4. Kemudian, masukkan air dalam periuk. Masukkan kicap, cuka, gula, garam, sedikit minyak bijan.

5. Masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong tadi iaitu epal, bawang, halia dan daun bawang.

6. Saya masukkan sedikit saja cili kering untuk bagi ada rasa pedas-pedas sos ni.

7. Hidupkan api dan masaklah hingga sos pekat. Boleh tengok airnya menjadi sedikit dan warnanya bertukar gelap (kehitaman). Tutup api.

8. Susun ketam di dalam bekas. Tuang sos ketika masih panas-panas. Tuang sehingga ketam tenggelam.

9. Kemudian, tabur bawang putih, cili padi yang sudah dipotong-potong.

10. Akhir sekali, tabur biji bijan. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk (bahagian biasa) selama dua hari.

11. Selepas dua hari, barulah boleh dimakan. Selamat mencuba!



Sumber: Fienaz Shafie

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN