puding roti karamel gediks

Cakap sahaja tentang puding roti karamel gediks, pasti kecur air liur dan perut juga pasti berbunyi kerana kelaparan. 

Memang tidak boleh dinafikan yang pencuci mulut ini digemari ramai kerana rasanya yang begitu nikmat. Kombinasi kuah gula hangus dan puding roti yang lemak berkrim memang lazat!

Mungkin ada yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia masakan. Bagi anda yang masih tercari-cari menu mudah untuk dicuba, bolehlah masak resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Hazlina Othman ini.

Baca juga: Puding Lapis Mangga Style Mr. Ali, Memang Nikmat Makan Sejuk-sejuk!

Untuk permulaan, masak dulu resipi yang mudah-mudah. Bila sudah agak mahir sedikit, bolehlah masak resipi-resipi yang lebih mencabar.


RESIPI PUDING ROTI KARAMEL GEDIKS

Dessert Minum petang sejuk-sejuk hujan seharian. Puding roti caramel. Mama Ina buat resipi ini tadi.

puding roti karamel gediks

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Masak gula sampai bertukar kaler perang.

2. Masukkan sedikit air, kacau sebati dan tutup api.

3. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.

4. Potong roti dan satukan bersama susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. Blend sampai sebati.

5. Tapis adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang yang ada gula karamel tadi.

6. Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.

7. Kukus adunan selama 45 minit atau sehingga masak.

8. Angkat adunan dan sejukkan terlebih dahulu.

9. Terbalikkan adunan ke dlm pinggan n sejukkan dlm peti ais.

puding roti karamel gediks


Selamat mencuba resipi puding roti karamel yang mudah ini.

Sumber: Facebook Nur Hazlina Othman

Baca juga: Puding Pisang Sos Kastard, Guna Pisang Jenis INI Bagi Lagi Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN