Puding karamel pandan ini pilihan tepat jika anda ingin membuat pencuci mulut yang sedap dan mudah. Gabungan rasa karamel manis dengan aroma pandan yang wangi, memang sangat memikat!
Apa lagi best, resipi ini tidak perlu menggunakan telur, sesuai sangat untuk yang ada pantang larang makanan atau alahan telur.
Cara penyediaannya cukup ringkas. Pertama sekali, gula dimasak sampai menjadi karamel yang cantik. Kemudian, satukan semua bahan untuk membuat pudingnya pula.
Selepas itu, puding dibiarkan sejuk dan mengeras di dalam peti sejuk. Memang mudah dan bahan pun tak complicated. Sesuai sangat untuk apa-apa majlis atau nak makan sendiri. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Puding Trifle Versi Mini, Kecil Comel Je Senang Nak Makan!
RESEPI PUDING KARAMEL PANDAN TANPA TELUR
Bahan A:
- 3 sudu besar gula
Bahan B:
- 2 cawan air
- 2 cawan jus pandan (dari 7 helai pandan)
- 1 bungkus serbuk agar-agar (10 gram)
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
- Masak gula dalam loyang guna api perlahan sehingga perang. Ketepikan.
- Kemudian, masak semua bahan B sehingga mendidih/pekat.
- Tuangkan ke atas gula yang sudah menjadi karamel tado.
- Sejukkan dalam peti sejuk sehingga cukup sejuk dan keras.
- Terbalikkan loyang ke atas pinggan dan sedia untuk dihidangkan.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mas Cotek
Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Elok!