agar agar santan pandan

Ramai yang suka buat Agar Agar Santan Pandan kerana pencuci mulut ini nikmat dimakan sejuk-sejuk. Bukan saja caranya mudah, malah bahannya pun tak banyak digunakan.

Agar Agar Santan merupakan sejenis hidangan pencuci mulut tradisional yang dibuat daripada agar-agar dan santan. Senang cerita, inilah pencuci mulut klasik yang paling legend.

Pencuci mulut ini boleh dibuat dalam pelbagai variasi dan salah satunya ialah Agar Agar Santan Pandan yang sungguh sedap dan kena dengan citarasa orang Malaysia.

Orang-orang dulu memanggilnya Agar Agar Lumut, tapi kesedapannya tetap sama. Apabila makan, tekak terus rasa segar dan penat pun boleh hilang dibuatnya.

Masni Bahari telah kongsikan resipi Agar Agar Santan Pandan di Facebook dengan hasil yang cukup mengagumkan. Rupa-rupanya, ada petua supaya hasilnya tak pecah dan sempurna. Jom kita cuba!

Baca juga: Agar Agar Santan Gula Melaka, Resipi Tanpa Telur Ini Lebih Terasa Nikmatnya!

RESIPI AGAR AGAR SANTAN PANDAN

agar agar santan pandan

  • 10g agar-agar
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan air pandan
  • 2 cawan air
  • ½ cawan gula (jika suka manis, boleh tambah)
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewana hijau

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak agar-agar dengan 2 cawan air sampai hancur.

2. Apabila sudah hancur, boleh tuang gula, air pandan, santan dan garam.

3. Nak kepala santan tak pecah lemak, kacau tanpa berhenti dengan api perlahan sampai mendidih (jangan tinggal sekejap pun).

4. Setelah mendidih, boleh tutup api, tapis dan tuang dalam acuan.

5. Akhir sekali, biarkan dalam peti sejuk selama beberapa jam dan boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

agar agar santan pandan

Kami yakin anda akan terkejut dengan hasilnya yang bukan saja terbentuk cantik dan sempurna, malah teksturnya lembut yang mempunyai rasa manis serta lazat dimakan.

Agar Agar Santan sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut ringan ketika jamuan. Selain itu, ia juga merupakan idea hidangan untuk tetamu yang terbaik.

Selamat mencuba!

Sumber: Masni Bahari

Baca juga: Agar Agar Bandung Dengan 5 Bahan, Makan Sejuk-Sejuk Terus Kata Nikmat Dunia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN