ayam teriyaki

Pasti ramai ibu-ibu yang dah biasa bangun awal pagi untuk siapkan bekal anak ke sekolah ataupun bekal ke pejabat. Kalau dah ketandusan idea nak masak menu apa, boleh cuba masak ayam teriyaki ni pula.

Resipi perkongsian oleh Siti Hazneza ini merupakan makanan yang berasal daripada Jepun. Cara penyediaannya bukan sahaja cepat dan mudah, rasa dia juga sangat sedap!

Kalau ada yang nak cuba buat, ikut saja resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

RESIPI AYAM TERIYAKI JEPUN

Bahan-bahan sos teriyaki:

  • Halia kisar 2 sudu makan
  • Madu 2 sudu makan (boleh guna gula perang jika mahu)
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu makan kicap lemak manis (jika guna kicap pekat hitam cukup 2 sudu)
  • Garam secukup rasa (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Ambil ayam setengah ekor, gunting jadi sepuluh ketul comel-comel supaya cepat masak dan masak sekata.
  2. Satukan semua bahan-bahan sos teriyaki dan gaul sebati. Lumur pada ayam.

    ayam teriyaki

  3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan ayam dengan perapan, tambah cendawan dan bawang Holand jika mahu. Tutup periuk dan biarkan sampai masak atas api sederhana.

    ayam teriyaki

  4. Siap. Jika mahu kuah lebih pekat, boleh tambah bancuhan air dan tepung jagung.

  5. Boleh buat bekal bekal untuk anak atau ke tempat kerja.

Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Kunyit Sedap, Sama Macam Dekat Kedai Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN