ayam masak lemak

Ayam Masak Lemak Cili Api cara Negeri Sembilan ini memang lain dari yang lain. Apa yang lainnya? Resipi ini di masak tanpa menggunakan bawang. Ada juga yang kata, kalau nak rasa masak lemak cili api yang paling sedap, korang kena masak dalam kuali dan bukanya dalam periuk.

Penulis selalunya masak lemak cili api letak bawang. Belajar cara negeri sembilan, mesti korang terkejut tengok bahan-bahan memasak yang di sediakan. Tak guna bawang langsung tau! 

Baca juga: Peniaga Ini Ajar Step By Step Cara Potong Ayam, Barulah Jadi Menantu Pilihan! 

Bahan nak masak pun tak banyak ye. Korang cuma perlukan sediakan 7-8 bahan je macam tu. Yang banyaknya hanya cili api. Kalau nak rasa lagi sedap dan menyengat, korang letaklah cili api dalam 20-30 biji. Fuhh! Padu.

Ada je resepi masak cili api yang menggunakan bawang. Tapi, rasa tanpa bawang ni memang tak kurang sedapnya ye. Fisrt time try resepi ni terus terpikat dengan rasa sedap masak lemak cili api pure Negeri Sembilan.

Jom kita tengok resipi dari perkongsian Norlailanazira Mohd Agos ini yang meraih 3.3 shares dan 639 likes di Facebook. Kalau bakal mentua rasa, terus approve!


RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI API CARA NEGERI SEMBILAN

ayam masak lemak

Bahan-bahan:

  • Ayam – dibersih
  • 2 batang serai – diketuk
  • Santan
  • Kentang
  • Daun limau purut
  • Asam keping

Bahan kisar:

  • 20 hingga 30 biji Cili api
  • Kunyit hidup

Cara memasak:

1. Letak ayam yang sudah dibersihkan dalam kuali atau periuk.

2. Ketuk serai dan masukkan sekali dengan ayam.

3. Seterusnya, masukkan pula bahan kisar iaitu cili padi dan kunyit hidup tadi.

4. Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak.

5. Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar.

6. Kemudian, masukkan kentang. Bila kentang dah empuk, masukkan pula daun limau purut dan asam keping. Jangan lupa perasakan dengan garam.

7. Ayam masak lemak cili api dah siap!


Kalau tak banyak cili, bukan namanya masak lemak cili api Negeri Sembilan lah kan. Tips kalau nak lauk ni lagi sedap, korang wajib guna santan segar. Barulah rasa nya lebih sedap dari guna santan kotak.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN