popia nestum

Menyambut Hari Raya, tidak lengkap rasanya tanpa hidangan kuih tradisional yang lazat. Salah satu pilihan yang semakin popular adalah Popia Nestum.

Dengan rasa yang rangup dan manis, ia pasti menjadi kegemaran ramai. Mari kita lihat cara penyediaan untuk membuat popia ini sebagai hidangan kuih Raya di rumah. Hanya menggunakan empat bahan saja. Mudah dan ringkas. 

Baca juga: Kenali Jenis Kuih Raya Lama, Memang ‘Lejen’ Dan Jarang Dapat Jumpa

RESIPI POPIA NESTUM CARA SIMPLE

Popia Nestum. Mudah sahaja untuk membuatnya tetapi memerlukan kesabaran. Dulu selepas habis belajar, saya membuat dan menjual popia nestum ini. Kali ini istimewanya, saya menggunakan susu kambing jenama Wildan.

Bahan-bahan: 

Nota: Untuk adunan, saya menggunakan sedikit tepung ubi yang dicampur dengan air panas.. Anda juga boleh menggunakan tepung gandum dicampur dengan air.

Cara seperti yang ditunjukkan dalam video:

  1. Gulung dengan longgar supaya lebih rangup dan tidak terlalu keras.
  2. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.
  3. Angkat sebelum terlalu keperangan kerana ia akan terus masak selepas dikeluarkan dari minyak.
  4. Toskan dahulu sebelum digaul dengan campuran nestum.
  5. Sebaiknya biarkan dalam bekas kedap udara dan alas dengan tisu sepanjang hari sebelum digaul dengan nestum supaya kurang berminyak.

Video penuh:

@yatulhakim

Popia Nestum.. Mudah je nak buat tapi perlukan kesabaran ..🥰dulu masa lpas hbis study buat jual popia nestum ni.. Dan kali ni special mengguna susu kambing dari @wildansusukambing_hq Bahan: 💐 1/2 paket kulit popia 💐 1/2 cawan nestum 💐 1/4 cawan gula icing 💐 1/4 cawan susu kambing @wildansusukambing_hq 🌹Untuk gam sy pakai sedikit tepung ubi bancuh dengan air panas.. nak guna tepung gandum campur air pun boleh.. Cara seperti di video🎥 🧷 Gulung longgar supaya lebih rangup tak keras 🧷 Goreng dalam minyak yang telah panas tapi api sederhana 🧷 Angkat sebelum keperangan sebab dia akan smbung proses masak di luar 🧷 Toskan dahulu sebelum gaul dengan campuran nestum 🧷 seeloknya biarkan dalam bekas kedap udara alas dengan tisu seharian sbelum gaul dengan nestum..supaya kurang berminyak.. . Selamat mencuba 🥰 . #popianestumrangup #raya2023 #susuwildan #wildan #yatulmasak #yatulhakim #masakcarayatul #dapuryatul #resepimudah #vlogcooking #cookingrecipes #simplerecipes #resepicarayatul #masakmakansendiri

♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Selamat mencuba!

Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap

Sumber: TikTok Yatul Hakim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN