Lempeng merupakan hidangan yang sangat sesuai dinikmati semasa sarapan ataupun makan petang. Lagi-lagi lempeng yang lembut dan gebu, sekeping confirm tak cukup.
Kalau anda penggemar lempeng, wajib cuba resipi dari peniaga ini. Bukan saja sedap dan lembut, hasil kejadian lempeng juga cantik tersusun!
Resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh Puan Suzana Othman, selamat mencuba!
RESIPI LEMPENG YANG LEMBUT & GEBU
Bahan-bahan:
- 2cawan tepung gandum
- 500ml air
- 1biji telur
- 2sb minyak masak
- 1sk garam
- 1sb gula
- 1sk baking powder
Cara-cara:
1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, blend hingga tepung sebati.
Biarkan 1 jam, baru lempeng gebu
3. Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1jam supaya baking powder bertindak balas utk dapatkan lempeng yg lembut dan gebu.
4. Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz tu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.
5. Enak dihidang bersama sambal tumis telur.
Yang ini kita buat jual. 1 set 6 keping rm5. Kalau uolls nk jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing2.
Jika nak tahu lebih lanjut cara penyediaannya, lihat video di sini.
Kredit: Suzana Othman