daging masak merah

Ada lebihan daging korban lagi di rumah? Apa kata kita cuba buat lauk Daging Masak Merah ala Thai pula.

Mesti lagi berselera anak-anak tambah nasi. Jangan risau, nampak je merah tapi tak semestinya pedas.

Silap haribulan, mesti taknak makan dekat kedai kalau korang dah pandai masak lauk ini.

Baca juga: Cara Betul Simpan Daging Korban, Tahan Lama & Kekal Segar

Jom kita ikuti perkongsian resipi dari Siti Zanzuriyanti Zidi ini. Tak renyah dan mudah untuk dimasak.

Resipi Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan-bahan:


  • Daging – direbus dulu dengan pewarna merah
  • 2 ulas bawang putih – diketuk/ kisar
  • 3 biji cili padi/ cili besar – dipotong
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos cili
  • 1/2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos ikan
  • Air rebusan daging
  • Tomato
  • Bawang Holland
  • Garam/ gula/ perasa

Cara-cara memasaknya:

1. Rebus daging hingga masak. Kemudian angkat dan ketepikan. Ambil sedikit air rebusan daging untuk stok.

2. Panaskan sedikit minyak. Goreng daging yang direbus tadi. Angkat dan ketepikan.

3. Menggunakan minyak yang sama. Tumis bawang putih, cili kisar, sos tomato, sos tiram dan sos ikan hingga pecah minyak.

4. Masukkan daging dan air rebusan daging.

5. Masukkan bawang holland.

6. Siap dimasak dan sedia untuk dihidang.

Kalau nak letak carrot, saderi dan kacang panjang pun boleh. Takde lah korang kena masak sayur lagi nanti.

Tinggal dadar telur je dah siap! Lengkap lauk kita dengan sayur dan daging.

Barulah syok nak makan kan. Dalam resepi ni tak letak sayur ye, nak letak pun takde hal. Lagi bagus.


Selamat mencuba!


Sumber: Siti Zanzuriyanti Zidi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN