
Nak memasak dengan lebih cepat dan mudah, mestilah kena buat cili kisar siap-siap terlebih dahulu. Jadi, kami nak kongsikan cara buat cili kisar tahan lama dan anti kulat.
Ramai yang guna cili kisar untuk memasak terutamanya semasa membuat masakan sambal. Selain itu, ia boleh digunakan untuk buat mee goreng dan bihun goreng yang sedap juga.
Setelah selesai kisar cili kering dan simpan dalam peti sejuk, kadangkala tak sampai seminggu ia berbau masam dan naik kulat putih. Sebenarnya, anda perlu tahu cara buat cili kisar yang betul.
Cara buat cili kisar ini dikongsikan oleh Mim Yusof di Facebook dan terdapat beberapa petua yang perlu diikut supaya kulat putih tak berani naik. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Simpan Bahan Kisar Supaya Tahan Lebih Lama, Senang Nak Guna Nanti
CARA BUAT CILI KISAR TAHAN LAMA

Bahan-bahan:
- 400gm cili kering
- 3 labu bawang putih
- Air tapis
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih sebelum dicuci bersih-bersih.

2. Selepas itu, rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tersebut.

3. Kemudian, toskan (tak perlu basuh lagi, cuma tos saja sebab tadi sudah cuci bersih, jika basuh balik guna air paip nanti tak tahan lama).

4. Seterusnya, biarkan sekejap agak-agak sejuk sedikit.
5. Akhir sekali, kisar cili sekali dengan bawang putih menggunakan air tapis (jangan guna air paip, guna air tapis dan bawang putih bertindak sebagai anti kulat). Siap untuk digunakan!
Apabila menggunakan cili kisar yang tak berkulat, anda akan rasa lebih yakin untuk memasak. Selain itu, cili kisar yang segar boleh membuat masakan jadi lebih sedap.
Kongsikan cara buat cili kisar tahan lama ini kepada keluarga dan kawan-kawan supaya mereka tak hadapi lagi masalah cili kisar yang tak tahan lama dan naik kulat putih lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Mim Yusof
Baca juga: 9 Jenis Pes Wajib Ada Sebelum Bulan Puasa, Simpan Seketul-Seketul, Boleh Guna Sampai Raya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














