memasak
Dalam memasak, ada banyak koleksi ‘hacks’ atau petua dapur yang boleh dicuba.

Ia bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran.

Baca juga: Cara Buat Pes Ibu Sambal & Pes Asam Pedas, Buat Sekuali Terus!

Berikut adalah perkongsian dari seorang pengguna Facebook iaitu Izyan Alias yang memberikan tip untuk jimat dan pantas memasak walaupun tiada masa.

Mungkin korang boleh cuba dan amalkan. Semoga memberi manfaat dan memudahkan kerja harian di dapur.

1. Barang Basah

Beli barang basah 1 atau 2 kali sebulan secara pukal. Ayam pulak saya beli ayam organik (whole, rangka dan dada ayam)

2. Buat Stok Pes


Setiap 2 hujung minggu sekali, sediakan segala jenis sambal dan pes bawang. Senang nak masak, tinggal cedok je.

  •  Pes Bawang:
    Bawang merah, besar dan putih, kisar dengan minyak masak. Jangan letak air langsung. Kalau bawang 3/4 blender, minyak boleh letak 1/3. Kemudian blend halus. Tumis sampai naik minyak guna api perlahan.
  • Pes Cili Kisar:
    Potong kasar cili kering, rebus. Tapis. Kemudian, kisar dengan minyak masak jugak. Tumis sampai naik minyak.
  • Pes Sambal Penyet:
    Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, goreng sampai bawang perang sikit. Sejukkan. Kemudian kisar bersama minyak gorengan. Lepas tu tumis balik sekejap lagi bersama garam gula secukup rasa untuk keringkan sikit lagi air. Kali ni tumis kejap je.
  • Sambal Nasi Lemak:
    Tumis bawang kisar dulu sampai kering air, baru masukkan cili kisar. (Ni kalau guna bawang dan cili yang belum dimasak di nombor 3 dan 4) tips ni untuk elakkan sambal tumis merecik menggila. Jangan lupa masukkan daun pandan, asam keping dan bilis tumbuk. Masukkan garam gula secukup rasa. Tambah air 2-3x dan tumis sampai kering setiap kali tambah air.

  • Bawang Goreng:
    Boleh simpan bawang goreng bersama dengan minyaknya sekali. Letak bawang dan minyak atas sup atau bubur, memang wangi!

Semoga bermanfaat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN