Baru-baru ini tular di media sosial apabila ada beberapa pembeli bengang kerana mendakwa mendapat donat tiruan. Itulah yang terjadi dalam kes ‘donat palsu’ yang terjadi di Pasar Malam Bachok, Kelantan.
Pelbagai cara digunakan oleh peniaga untuk meningkatkan jualan. Selain daripada menggunakan promosi, peniaga juga menggunakan kreativiti dalam menghasilkan makanan. Apabila terdapat inovasi yang dibuat, makanan tersebut akan mula menjadi popular dan menarik perhatian ramai.
Baca juga: Gara-Gara Curi Secawan Kopi RM5.47, Pengetua Dibuang Kerja Dan Hilang Pencen
Jika makanan tersebut sedap dan berkualiti setimpal dengan harganya, tiada masalah. Tetapi, jika inovasi yang dilakukan tidak setimpal dengan harga, dengan jelas peniaga hanya ingin mencari keuntungan semata-mata.
Beberapa hantaran di media sosial mendedahkan bahawa peniaga donat didakwa tidak jujur dengan menjual roti burger yang dijadikan ‘donat’.
Roti burger tersebut dilaporkan dipotong, dibuat bulatan di tengah, dan digunakan sebagai donat. Kemudian, ia dicelup dengan pelbagai perisa dan ditabur dengan pelbagai hiasan.
Selain itu, seorang wanita juga mengalami situasi serupa. Setelah mendapati ‘donat’ yang diterimanya sebenarnya adalah roti burger, dia bertanya kepada peniaga berkenaan. Namun, peniaga tersebut menafikan dakwaan bahawa donat tersebut adalah roti burger.
Pekerja Gerai Menafikan Penjualan Roti Burger Ditebuk
Menerusi laporan Kosmo!, pekerja sebuah gerai donat itu menafikan dakwaan beberapa penghantaran tersebut. Menurutnya, donat tersebut dibakar terlebih dahulu, bukan digoreng seperti biasa.
“Donat tersebut bukanlah roti burger yang dipotong, tetapi memang donat yang dibakar. Adunan roti dibuat dengan membuat lubang sebelum dibakar.
“Apa yang dinyatakan oleh orang ramai adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
Sementara itu, beberapa pembuat kuih dan kek juga mengecam tindakan peniaga yang menjual donat, yang dipercayai sebagai ‘donat tiruan’. Menurut mereka, adunan dan acuan roti sudah membezakan antara donat dan roti burger.
Sumber: Menarik Kelate Kito, Fatimah Mulyati, Kosmo!
Baca juga: “Mata Kasar Tak Nampak” – Tanda Kedai Makan Guna Pelaris, Ustazah Ini Kongsi Cara
Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…
Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…
Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…
Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan…
Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…
Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…