Categories: Informasi

Cuaca Panas Terik Elok Ambil 10 Makanan Ini, Tekak & Badan Auto Rasa Segar!

Negara kita sudah mula memasuki musim panas yang terik. Cuaca yang panas ini boleh menyebabkan badan menjadi dehidrasi.

Oleh itu, kita semua kena mengambil makanan dan minuman sesuai untuk kekalkan hidrasi badan.

Menurut perkongsian oleh Dr. Samhan, ada beberapa makanan yang boleh membantu menghilangkan dahaga dan kekalkan hidrasi dalam badan.

Mari baca perkongsian lengkap di bawah. Jangan lupa amalkan ya, barulah badan dan tekak rasa segar!

Baca juga: 10 Makanan Yang Tak Boleh Makan Mentah, Ini Sebabnya

10 MAKANAN MUSIM PANAS YANG MENYEJUKKAN TEKAK & BADAN

1. Air Kosong

Air kosong merupakan minuman yang wajib ambil pada musim panas! Setiap hari kita akan kehilangan 2 hingga 2 ½ liter cecair pelalui penuh, pernafasan, perkumuhan dan penyahtinjaan.

Oleh sebab itu, kita perlu minum air kosong sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari untuk hidrasikan badan.

2. Makanan musim panas – Mangga

Jika memakan buah mangga yang telah disejukkan, ia dapat mengurangkan strok haba tau!

Selain itu, buah mangga mempunyai zat besi yang dapat menaikkan tahap kalsium dalam badan. Ia juga mengandungi vitamin A dan C yang meningkatkan sistem imun badan.

3. Jus Buahan Sitrus

Buah sitrus kaya dengan vitamin C dan potassium yang merupakan nutrisi penting pada musim panas ini. Vitamin C juga dapat melindungi tubuh badan dari sinaran matahari.

Buahan-buahan ini juga mempunyai kandungan air yang tinggi dan sekaligus sesuai dijadikan makanan tambahan pada musim panas.

Antara buah sitrus yang boleh dijadikan diambil adalah buah oren, lemon dan limau gedang.

4. Jagung

Jagung mempunyai nutrisi lutein dan zeaxanthin, iaitu sejenis antioksidan yang penting untuk kesihatan mata.

Antioksidan itu juga dapat mengurangkan risiko degenerasi makula yang menyebabkan kebutaan dalam kalangan warga emas.

5. Makanan musim panas – Sup

Makan nasi dengan sup bukan saja dapat mengurangkan demam, malah ia juga bagus untuk mengekalkan hidrat dalam badan.

6. Air Kelapa

Biasanya kita guna air kelapa untuk kebahkan demam. Jadi, tidak ada salahnya kalau nak meminum air kelapa untuk menyejukkan badan dalam cuaca panas ini.

7. Timun

Timun ini lebih kurangg sama seperti buah tembikai. Tetapi kandungan air dalam timun lebih tinggi iaitu hampir 95%.

Timun juga lebih sesuai dimakan begitu sahaja kerana jika dimasak, air dalam timun akan hilang. Jadi, ianya sesuai dijadikan ulam atau diletakkan dalam salad.

8. Yogurt

Yogurt mempunyai protein yang dapat mengenyangkan perut anda. Ia juga dapat mengelakkan kita dari makanan yang masin dan tinggi kalori.

Selain itu, yogurt juga mempunyai probiotik yang dalam melancarkan sistem mencernaan. Barulah tak sembelit!

9. Makanan musim panas – Tembikai

Tembikai mempunyai kandungan air sebanyak 90% yang dapat membantu atasi masalah hidrasi. Selain itu, buah ini juga dapat mengelakkan masalah sembelit.

Jadi, amat sesuailah kita mengambil buah tembikai ini pada musim panas untuk menyejukkan badan.

10. Air Teh Panas

Sama juga dengan sup, teh panas dapat membuatkan badan menjadi berpeluh. Apabila peluh tersejat, badan kita akan rasa lebih sejuk.

Teh panas juga sejenis diuretik yang akan menyebabkan kita membuang air kecil dan berpeluh dengan lebih kerap.

Badan kita mungkin kehilangan banyak air, tetapi proses evaporasi yang berlaku melalui peluh ini dapat membuatkan badan menjadi lebih sejuk.

Sumber: KELAB MAMA

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ikan Dengan Betul & Selamat, Elak Keracunan Makanan!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

3 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

3 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago