nasi ayam claypot

Pernah sekali bawa keluarga makan di food court, bila balik anak minta buatkan Nasi Ayam Claypot pula. Nak penuhi permintaan anak, mestilah ibu akan berusaha buatkan.

Nasi Ayam Claypot juga dikenali sebagai Nasi Ayam Periuk Tanah, merupakan hidangan berasal dari China. Jika di Malaysia, kita akan jumpa hidangan ini di food court.

Apa yang membuatkan Nasi Ayam Claypot disukai ramai adalah kerana rasanya unik yang kaya dengan rempah ratus dan aroma herba untuk santapan semua golongan.

Sekarang anda boleh membuatnya sendiri di rumah dengan mengikut resipi yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Mudah Yakmat, Dalam Satu Periuk Terus Siap Nasi & Lauk

RESIPI NASI AYAM CLAYPOT

nasi ayam claypot

Bahan-bahan nasi ayam:

  • 1 tin susu beras
  • 2 tin susu air
  • 1 kiub pati ayam

Bahan-bahan ayam kicap:

  • 8 ketul ayam
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 4 biji cili kering (potong-potong)
  • 5 sdb kicap manis
  • 4 sdb sos cili
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb minyak bijan
  • Sedikit air
  • 8 kuntum cendawan shitake kering (rendam bagi lembut)
  • Garam dan sedikit gula
  • Daun bawang dipotong-potong

Cara-cara penyediaan nasi ayam:

1. Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot.

2. Masak hingga nasi separuh masak.

Cara-cara penyediaan ayam kicap:

nasi ayam claypot

1. Tumbuk bahan bertanda (*) dan tumis bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.

2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula.Kacau rata. Tutup api.

3. Bila nasi dah separuh masak, letak ayam cendawan kicap tadi atas nasi, rata-rata.

4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.

5. Masa nak hidang letak 2 biji telur mata (goreng separuh masak), hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.

Nasi Ayam Claypot ini sangat sedap dihidangkan panas-panas untuk makan tengah hari dan makan malam. Terasa seperti makan di food court!

Selamat mencuba!

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Cara Masak Nasi Ayam Briyani Yang Sempoi Tapi Sedap, Lain Dari Lain

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN