resepi tanghulu

Resepi tanghulu mungkin kurang diketahui oleh masyarakat Melayu dan India, tetapi tidak bagi masyarakat Cina kerana ia merupakan manisan kegemaran mereka.

Tanghulu merupakan buah-buahan segar yang disalut dengan sirap gula yang dimasak. Teksturnya sangat rangup apabila digigit, peminat snek manis pasti akan menyukainya. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Muah Chee, Kuih Tradisional Cina Yang Sangat Mudah Nak Buat

RESEPI TANGHULU SALUT BUAH ANTI-GAGAL

Bahan-bahan salutan gula:

  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula jagung (corn syrup)

Bahan-bahan lain:

  • Strawberry
  • Anggur
  • Bekas diisi ais dan sedikit air
  • Baking paper
  • Lidi sate

Cara-cara:

1. Cuci strawberry dan anggur sehingga bersih menggunakan garam dan air.

2. Lap kedua-dua buah ini dengan tisu dapur atau kain bersih sehingga betul-betul kering.

3. Cucuk beberapa biji buah menggunakan lidi sate. Boleh asingkan buah strawberry dan anggur, atau boleh gabungkan kedua-dua buah tersebut mengikut selera. Biarkan seketika sambil buat salutan gula pula.

4. Dalam periuk, satukan gula, air dan corn syrup. Hidupkan api. Masak sehingga gula larut mendidih tak perlu dikacau.

5. Celup buah yang sudah dicucuk tadi ke dalam salutan gula, kemudian celup ke dalam mangkuk yang berisi air dan ais.

6. Rehatkan seketika di dalam air ais dan hasilnya gula akan menjadi keras dan bersalut elok pada buah.

7. Sedia untuk dinikmati, selamat mencuba!

Video penuh:

@cookedbyiman

TANGHULU ( Fruit Candy ) Bahan-bahan Sos : 2 cawan gula 1 cawan air 1/2 cawan Corn Syrup Bahan lain : Strawberry Anggur Bekas di isi ais dan sedikit air Baking paper Lidi satay #cookedbyiman #tanghulu #chinesedessert #fypage #resepitiktok #tanghulurecipe

♬ original sound – cookedbyiman – cookedbyiman

Kredit resipi: TikTok cookedbyiman

Baca juga: Sedap Macam Kaswi Pandan, Ini Tips Kuih ‘Khanom Pheak Phun’ Cantik Berkilat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN