nasi kapit

Pernah dengar tak nasi kapit? Nama lainnya di panggil sebagai nasi impit.

Nasi ni bukan takat makan dengan sate, lontong dan kuah kacang ye. Makan dengan sambal hitam pun boleh. Sedap weh!

Biasanya nasi kapit atau nasi impit ni di hidang bila Hari Raya. Tapi hari biasa nak makan pun boleh. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak buat sambal hitam ni kan?

Baca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna ‘Pressure Cooker’ Pun!

Sebut pasal sambal, terbayang teksturnya yang basah. Tapi, kat sini tekstur sambal hitamnya kering.

Ditambah pula pedasnya dengan campuran cili padi kisar dan lada hitam.

Warna sambal ni akan kemerahan. Sebab di campur dengan gula nisan. Cantik sangat teksturnya. Korang boleh makan sambal ni dengan nasi impit untuk sarapan pagi. Sedap ye! Nak campur dalam nasi pun boleh.

Resepi nasi impit sambal hitam ni telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli. Boleh simpan dalam bekas dan letak dalam peti supaya sambal tahan lama.

Bila-bila korang nak makan terus boleh ambil je dan campur dalam nasi impit atau nasi putih.


Resipi Nasi Kapit / Impit Sambal Hitam


Bahan A:

Nasi Impit Instant

Bahan B:

8 ekor ikan selayang
1 biji kelapa parut

Bahan kisar halus:

5 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
4 btg serai
2 sb lada hitam
5 biji cili padi (tak suka padas, tak payah letak)

* Kisar halus semua bahan di atas

Bahan lain:

1 kpg Nisang
Garam
Perasa


Cara membuatnya:

1. Ikan selayang 8 ekor disiang bersih. Kemudian, direbus dengan asam keping dan garam. Diasingkan isi dari tulang.

2. Kemudian, ditumbuk isi ikan. Guna lesung batu atau nak blender pun boleh dan ketepikan.

3. 1 biji kelapa parut disanggai dengan api kecil dalam kuali hingga menjadi keperang- perangan atau hampir coklat gitu. Jaga-jaga jangan sampai hangus, nanti pahit sambal kita.

4. Mesti selalu kacau dan dibalik- balikkan. Apabila kelapa sudah keperangan, keluarkan dari kuali dan sejukkan.

5. Apabila dah sejuk, boleh dikisar atau tumbuk bagi kelapa jadi halus. Nanti keluarkan minyak dan ketepikan.

6. Masukkan nisan dalam kuali. Tambah air rebusan ikan untuk cairkan nisan. Kemudian, masukkan bahan kisar halus tadi. Masak bagi mendidih!

7. Masukkan isi ikan yang dah ditumbuk tadi, masak sampai hampir kering bahan tersebut. Kena kacau selalu untuk elak hangus.

8. Boleh dah tambah garam dan perasa. Apabila dah kering, boleh masukkan kelapa yang kita dah kisar tadi.

9. Masak sampai kering. Kalau yang suka lembab-lembab sikit, tak payah masak sampai kering. Gaul dan kacau elak hangus.


Ok siap! Boleh dihidangkan dengan nasi impit. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN