PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-07 06:14:11

Selalunya bila ke pasaraya, mesti kita akan perasan satu lorong khas yang terletaknya bermacam jenis serbuk perasa yang boleh digunakan dalam masakan. Kadang-kadang sampai kita terfikir apa sebenarnya fungsi dan beza setiap serbuk perasa tu. Betul tak? Haa jadi, jom kita belajar serba sedikit info tentang serbuk perasa ini daripada Syida Dea Lurve’A  yang dikongsikan dari Facebook. Jom baca!

  1. Oregano Leaves Ground


    Kredit: Syida Dea Lurve'A

    Biasanya sesuai untuk spagetti aglio olio. Tapi korang juga boleh letakkan untuk masakan seperti egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Memang lumayan hasil dan rasanya. Namun, elakkan meletak terlalu banyak untuk mengelak rasa pahit oregano.
     

  2. Paprika Ground


    Kredit: Syida Dea Lurve'A

    Sesuai untuk digaul bersama masakan seperti ayam bakar, kentang goreng atau bertindak sebagai pewarna merah untuk ayam goreng mamak. Gaulkan saja paprika ground ini. Sedap pun sedap!
     

  3. Mixed Herbs


    Kredit: Syida Dea Lurve'A

    Bahan penting untuk buat sos bolognese kerana ia akan memberikan bau and rasa yang sama seperti sos prego. Kalau korang rasa ada yang kekurangan semasa memasak so Bolognese, taburkan mixed herbs ini. Mesti sedap! Selain itu, masakan seperti sup, pasta, baked potato, masak lemak pun boleh diletak mixed herbs untuk naikkan bau yang enak.
     

  4. Garlic Powder


    Kredit: Syida Dea Lurve'A

    Memberikan rasa sedikit masin semulajadi dalam masakan dan menaikkan keharuman bawang. Sesuai untuk digunakan untuk goreng-gorengan kunyit seperti ayam goreng kunyit dan sebagainya.
     

  5. Parsley Leaves


    Kredit: Syida Dea Lurve'A

    Biasanya ditabur selepas masakan pasta sudah siap sebagai hiasan. Boleh juga ditabur atas telur dan kentang putar. Selain bertindak sebagai hiasan, ia juga memberi bau yang harum pada hidangan kita.
     

  6. Cinnamon Ground


    Kredit: Syida Dea Lurve'A

    Khas untuk digunakan untuk makanan pastri. Mesti korang selalu jumpa apa-apa pastri yang gunakan cinnamon ini kan? Sesuai juga untuk digunakan untuk apple pie madu, pancake, muffin, dan juga ditabur atas french toast. Contoh, gaulkan sahaja bersama adunan sebelum di ‘bake’ dan taburkan lagi selepas pastri sudah siap dimasak.
     

  7. Italian Herbs


    Kredit: Syida Dea Lurve'A

    Italian Herbs ini lebih tertumpu pada masakan Itali seperti pasta dan pizza. Bahan yang penting korang tak boleh lupa supaya bau-bau dan rasa masakan pasta dan pizza ini persis macam dimakan di restoran. Memang wangi dan menyelerakan!

Jadi, selepas ini korang tak perlu lagi pening memikirkan apa beza dan fungsi semua serbuk ni. Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN