mee tarikHujung minggu ini sedap layan mee tarik bersama sup panas. Tambah pula sesudu minyak cili, boleh hirup sampai tak ingat dunia!

Selalu kalau ke restoran cina muslim pastikan akan order menu ini. Apa kata anda cuba buat sendiri di rumah? Lagi puas hati dan sangat jimat.

Jom baca perkongsian resipi oleh Cik Puan Norhidayah Mohd Aripin menerusi laman sesawang Facebook.

Baca juga: Cara Buat Mi Kuning Tanpa Guna Mesin & Air Abu, Kenyal Elok!

RESIPI MEE TARIK

Bahan-bahan Sup:

  • ½ kg atau lebih daging lembu (disyorkan bahagian sedikit berurat)
  • 6 liter atau lebih air
  • 2 sudu besar serbuk halia
  • 4 sudu besar serbuk bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • 2 sudu besar lada Sichuan
  • 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 5 biji bunga lawang
  • 9 biji bunga cengkih
  • 3 helai daun bay
  • Daun bawang (batang direbus, daun untuk hiasan)
  • Sedikit minyak bijan untuk naikkan bau
  • Perasa cendawan atau perasa lain yang disukai
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula perang

Cara Penyediaan Sup:

1. Rebus daging terlebih dahulu, kemudian asingkan daging dan ketepikan.

2. Masukkan semua bahan dalam air rebusan daging tadi dan biarkan hingga semua rempah sebati elok.

3.  Tapis atau keluarkan semua bahan dan tambah air untuk elak rasa daging dan rempah terlalu kuat.

4. Masukkan kembali daging dan renih selama 2 jam atau hingga daging sedikit lembut. Jika ada kekurangan rasa, tambah bahan serba sedikit. Jangan terlalu banyak agar sup tidak terlalu “berat”.

5. Sup sedia dihidangkan bersama mee.

Bahan-bahan Mee:

  • 2 pek Mee Tarik Fatboi

Cara Penyediaan Mee:

1. Didihkan air terlebih dahulu.

2.  Masukkan mee dan masak hingga mee timbul. Tos dan lalukan di bawah air bersih.

mee tarik

Aksesori Hidangan:

  • Bok choy, belah empat dan celur
  • Daun bawang
  • Minyak cili

mee tarik

Tips Daging Cepat Lembut:

  • Setiap kali beli daging, potong siap-siap ikut menu masakan.
  • Contoh 1: Potong daging kiub besar, rebus sekejap (mendidih saja terus tutup api), tutup periuk rapat-rapat, biarkan wap panas terkurung. Asingkan daging dan air rebusan, kemudian simpan.
  • Contoh 2: Potong daging mengikut potongan sesuai untuk menu kari, rebus sekejap, tutup periuk rapat, sejukkan dan simpan.

Selamat mencuba!

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin

Baca juga: Resipi Kacang Buncis, Lauk Yang Tak Renyah Tapi Menyelerakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN