sotong stim limau

Asyik makan ayam bosan juga, apa kata sesekali cuba buat sotong stim limau ala Thai ini pula. Yang kurang selera makan pun pasti akan kembali berselera sebab kombinasi rasa pedas, masam dan manisnya memang memikat.

Sos yang dibuat ini juga boleh digunakan untuk ikan siakap stim limau. Jadi, jika tidak ada sotong di rumah, boleh sahaja gantikan dengan ikan siakap mengikut cita rasa masing-masing.

Jangan buang masa lagi, mari kita lihat resipi Sotong Stim Limau Ala Thai yang enak ini seperti di bawah.

Baca juga: Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikut Teknik Ini Tak Kecut & Tak Liat!

RESEPI SOTONG STIM LIMAU

sotong stim limau

Bahan-bahan sotong:

  • Sotong (setengah kilo atau 1kg)
  • 7-8 ulas bawang putih (cincang halus; boleh lebih jika suka)
  • 8-9 biji cili (cincang; kurangkan jika tidak suka pedas)
  • 3 biji asam limau nipis
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • ½ kiub pati ayam (atau 1 kiub)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara penyediaan sotong:

  1. Kukus sotong selama 7 minit. Jangan letakkan air (kukus sehingga masak) dan angkat.
  2. Buang air sotong.

Bahan-bahan sos:

  • 1 cawan air
  • ½ kiub pati ayam
  • 2 sudu besar gula
  • 8-9 biji cili (cincang)
  • 7-8 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 biji asam limau nipis (peras jus)
  • Daun ketumbar (dihiris halus)

Cara-cara buat sos:

  1. Panaskan 1 cawan air, masukkan kiub pati ayam dan gula. Setelah itu, tutup api dan biarkan suam sekejap.
  2. Masukkan cili, bawang, asam limau dan daun ketumbar. Rasa terlebih dahulu, jika kurang masam, boleh tambah limau nipis. Jika tidak cukup masin, boleh tambah kicap sotong. Jika kurang manis, tambah gula.
  3. Setelah rasa secukupnya, tuangkan sos ke atas sotong tadi.

Resipi ini memang mudah dan sedap. Anda juga boleh menggantikan sotong dengan ikan jika mahu.

Sumber: Facebook

Baca juga: 6 Jenis Sotong Popular Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Diguna Dalam Masakan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN