maggi kari tumis

Nak buat maggi kari yang special lain dari lain? Anda boleh cuba masak maggi kari tumis ini.

Asyik buat maggi kari dengan telur je, kadang-kadang datang rasa bosan juga kan.

Puan Che Enon ada berkongsikan resipi maggi kari tumis yang super duper sedap! Nak tahu caranya? Jom lihat resipi di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 paket maggi kari
  • Sawi (atau apa-apa sayur pilihan)
  • Isi ayam, udang atau sotong
  • Air secawan setengah
  • 1 biji telur
  • 3 atau 4 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sudu sos ikan*
  • 1 sudu kicap*
  • 2 sudu cili sos*
  • 1 sudu sos tomato
  • Sedikit gula

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dalam paket maggi.
  3. Masukkan bahan-bahan bertanda (*).
  4. Masukkan air.
  5. Masukkan sayur, telur dan maggi.
  6. Biarkan sekejap sehingga semua bahan masak.
  7. Jangan terlalu lama, nanti lembik dan tak sedap.

Selamat mencuba!

maggi kari tumis

Kredit: Che Enom Aiskrim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN