mee goreng kampung

Pernah tak makan mee goreng kampung? Biasanya kalau masak mi goreng, kita guna rencah cili kering atau cili boh serta kicap dan sos. 

Resipi mi goreng kampung perkongsian oleh Zairen Samsi ini sama seperti masak nasi goreng kampung. Menurutnya, menu ini pertama kali dimakan di kedai dan terus jatuh cinta akan kesedapannya.

Selepas kejadian itu, beliau sering memasak sendiri juadah tersebut di rumah dan kini ia telah menjadi kegemaran satu keluarganya. Cara memasaknya juga sangat ringkas dan senang untuk dimasak. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Mi Gulung Yang Jarang Dibuat Orang, Resipi Ringkas Untuk 3 Orang Makan

RESIPI MEE GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Belacan sedikit
  • Cili hijau
  • Cili padi hijau (lebihkan jika suka pedas)

Bahan-bahan lain:

Cara memasak:

1. Kisar atau tumbuk semua bahan-bahan kisar di atas.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian tumis bahan tumbuk tadi sehingga masak.

mee goreng kampung

3. Seterusnya, pecahkan pula telur ke dalam bahan tumis dan kacau rata. Masukkan juga fishball.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya mengikut selera masing-masing.

5. Kemudian, masukkan sayur dan mi. Boleh ganti mi dengan kuetiau atau bihun.

6. Gaul sehingga bercampur rata dan sebati elok. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

mee goreng kampung

Kredit resipi dan gambar: Zairen Samsi

Baca juga: Resipi Mi Goreng Basah, Kuah Kena ‘Melekit-Lekit’ Baru Lagi Lazat Berganda!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN