PENULIS

myResipi

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2020-11-25

Ketam merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap. Selain makan di kedai, anda juga boleh masak sendiri di rumah dengan kos yang lebih murah untuk menikmati ketam yang segar.

Jika alasan tidak pandai bersihkan ketam sebagai tidak masak sendiri ketam di rumah, jangan risau. Jom cuba cara mudah untuk siang ketam segar, senang je!

Cara-cara

  • Terbalikkan badan keram dan pisahkan bahagian berbentuk tiga segi dibawahnya. Tarik dan pisahkan dari badan ketam.
  • Buang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam dan cuci bersih segala kotoran yang melekat. Bersihkan juga lendir dibawah tengah ketam.
  • Potong semua bahagian hujung yang tajam pada kaki ketam
  • Buang cengkerang dan potong kepada dua bahagian
  • Potong bahagian mulut dan buang insang ketam
  • Cuci dan bersihkan semua kotoran pada najis ketam. Dan siap!