fishball homemade

Apa kata jom cuba buat fishball homemade. Jika masak mi goreng atau mihun goreng, wajib letak fishball ni. Anak-anak suka. Kadang-kadang sampai minta nak buat ratah. Tak salah sekali sekala kita jamu anak dengan makanan sebegini, tapi lebih elok jika kita pastikan status halal fishball tersebut.

Kalau buat sendiri, dijamin lebih bersih tanpa rasa was-was. Kita juga boleh kawal kuantiti gula atau garam yang digunakan supaya sesuai untuk anak kecil. Jom lihat cara-caranya di bawah.

Bebola Fishball Homemade

Cara-caranya:

1. Asingkan isi ikan.

Pertama sekali, asingkan tulang menggunakan sudu untuk keruk isi ikan dari tulangnya.

Boleh simpan bahagian ekor dan kepala buat masak asam pedas. Tulang ikan boleh direbus. Air rebusan tersebut boleh buat rebus fishball nanti.

2. Hancurkan isi ikan.

Guna food processor untuk hancurkan isi ikan. Buka kejap dan kaupkan sisa ikan yang tak hancur dekat tepi food processor. Buat full speed untuk pastikan semua isinya hancur lebur. Kalau tak ada food processor, boleh juga gunakan blender kering (yang kecil).

Beginilah hasilnya bila dah siap dihancurkan isi ikan tadi. Isi ikan akan melekit pada spatula. Jangan jadikan bebola dulu sebab ia perlu dikenyalkan. Kalau tak, fishball yang terhasil tidak kenyal dan seakan berderai.

3. Kenyalkan isi ikan

Proses ini penting sebab ia akan menjadikan protein ikan berubah menjadi kenyal dan melekat sesama sendiri. Isi ikan akan jadi berkilat dan membentuk seperti doh. Ada 3 cara untuk kenyalkan isi ikan ni:

Cara manual – Guna tangan dan kepalkan isi ikan. Baling ke dalam mangkuk sampai jadi kenyal, berkilat dan menjadi doh.

Guna mixer – Guna mixer dan putar sampai isi ikan jadi seperti dalam gambar. Ambil masa dalam 10 minit bergantung pada kelajuan mixer anda.

Guna disc doh roti – Kalau guna food precessor SFP yang saya guna, ia diberi sekali. Beberapa kali saya kaup balikkan isi ikan yang melekat di bahagian atasnya. Ulang langkah dalam masa 10 minit.

4. Masukkan bahan lain:

Bila dah siap doh ikan tersebut, barulah letak tepung jagung, garam dan lada sulah. Kalau nak letak carrot cincang pun boleh masa ni. Suka hati kalian la nak letak apa ya.

5. Bentukkan Bulat-bulat & Rebus

Panaskan air rebusan ikan dan tunggu mendidih. Basahkan tangan dengan air supaya fishball tak melekat di tangan kalian.

Cubit sikit doh tadi dan bulatkan jadi fishball. Masuk dalam air mendidih. Bila dah terapung baru angkat dan toskan.

Jangan rebus terlebih lama nanti fishball kalian jadi super kenyal. Patah gigi nanti, saya tak tanggungjawab tau.

fishball homemade

6. Siap!

Ok dah siap bolehlah gunakan dalam apa-apa hidangan kegemaran anda dan anak-anak.

Air rebusannya pula boleh simpan jadi stok ikan. Atau terus buat sup fishball makan dengan mee kuning, bee hoon atau dimakan begitu saja. Gandingkan pula dengan sambal kicap pedas. Oh, indahnya makan sup di masa hujan macam ni!

fishball homemade

Kredit: Fatimah Naamat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN