resepi mee goreng basah

Kalau tiada idea nak masak apa untuk makan malam, ibu-ibu boleh cuba resepi mee goreng basah berkuah ini.

Mi goreng salah satu hidangan yang tak jemu dimakan. Lebih lagi jika kuahnya melekat elok pada mi, memang lagi sedap!

Selain itu, ada satu rahsia untuk menjadikan mi bertambah lazat, iaitu dengan memerah sedikit limau nipis sebelum tutup api.

Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam, Resipi Campak-Campak Tapi Rasa Mantap!

RESEPI MEE GORENG BASAH

Mari ikuti resipi dan tips daripada Puan Hashimah dibawah untuk dijadikan panduan.

“Menu wajib kalau suami shima ada kat rumah. Dia memang suka sangat makan mee goreng basah terutama kalau kuah tu agak banyak dan melekit-lekit..”

Bahan-bahan:

  • 1 bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sudu makan cili kisar (boleh lebihkan)
  • 5 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air setengah gelas)
  • Tomato setengah biji potong dadu

Bahan-bahan lain (jika ada):

  • Udang
  • 1 batang sosej
  • 4 biji fishball
  • 1 batang fishcake
  • 2 biji tauhu kering
  • Setengah biji tomato hiris
  • 1 biji cili merah hiris
  • Lobak hiris panjang setengah batang

Cara memasak:

1. Tumis bawang yang sudah ditumbuk. Masukkan cili kering dan tumis hingga agak pekat warnanya.

2. Masukkan pulak tomato, tumis hingga layu dan hancur.

3. Masukkan pula udang dan bahan rencah lain seperti fishball, fishcake dan sosej.

4. Masukkan semua sos, gaul-gaul dan masukkan semua bahan sampingan kecuali mee, sayur berdaun, apa-apa sahaja yang cepat layu.

resepi mee goreng basah

5. Masukkan 2 gelas air.

6. Masukkan pula bancuhan tepung jagung tadi.

7. Perasakan gula garam. Siap untuk kuah.

Tip Ekstra!

  • Ketika hendak dimakan, baru cedok kuah dalam kuali dan masukkan mee dan sayuran hijau. Panaskan hingga mi sebatu dengan kuah. Sedia untuk dihidang.
  • Untuk semua jenis mi, tumis toamto dahulu, rasanya berbeza dengan sekadar digaul mesra bersama mee dan sayuran lain.
  • Sebelum tutup api, perah sebiji/setengah biji limau nipis dalam sekuali mee. Jangan risau, tak terasa sangat rasa masam. Yang penting lagi sedap!

resepi mee goreng basah

Kredit: Hashimah

Baca juga: Resipi Mi Goreng Stail Mamak, Sekejap Dah Siap Masak Tapi Sedap Kemain!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN