gulab jamun

Gulab jamun adalah manisan India yang wajib ada sempena Deepavali. Manisan india ini sangat sedap, lembut dan cair dalam mulut.

Dibuat daripada tepung gandum dan khoya, kemudian digoreng hingga keemasan dan direndam dalam sirap gula beraroma air mawar.

Jika ada yang belum pernah merasainya, apa kata kita cuba buat sendiri menggunakan resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Nei Urundai, Salah Satu Kuih Tradisional Wajib Ada Ketika Sambutan Deepavali

RESEPI GULAB JAMUN (MANISAN INDIA)

Bahan-bahan:

  • Khoya/Mawa (milk solids) dalam satu cawan
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • Baking soda 1/2 sudu teh
  • Ghee 2 sudu besar (untuk bentukkan bebola)
  • Ghee atau minyak masak (untuk menggoreng bebola)

Cara-cara:

1. Campurkan khoya, tepung gandum, baking soda dan ghee. Kepal-kepalkan sehingga tiada ketulan. Bulat bulatkan dan letak tepi.

2. Letakkan badam sebiji, baru ekstra sedap.

gulab jamun

3. Panaskan minyak/ghee dengan api sederhana (apinya tak kuat dan tak perlahan).

4. Gorengkan sehingga kecoklatan. Bukan kehangitan kehitaman tau. Itu “Kala Jamun” (jamun hitam).

5. Angkat, letak tepi sekejap. Buat sugar syrup pula.

Bahan sugar syrup:

  • 2 cawan gula (perlu pekat dan melikat)
  • 2 cawan air
  • 3-4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil rose water (optional)
  • 1/2 sudu teh kesar/saffron (optional)
  • 1/2 sudu lemon jus/jus limau nipis (ini supaya sugar syrup tak jadi kristal nanti)

Cara-cara buat sugar syrup:

1. Masukkan kesemua bahan dan masak sehingga pekat melikat. Biarkan air gula suam terlebih dahulu.

2. Masukkan kesemua bebola yang hangat  kedalam sugar syrup yang suam.

3. Biarkan ia sehingga 2-5 jam atau sehingga meresap jauh ke dalam bebola. Siap!

4. Makan dengan aiskrim ataupun begitu saja.

manisan india

Kredit: Syu Azus

Baca juga: Koleksi Resipi Masakan India, Chef Ini Kongsi Sempena Deepavali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN