PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-17 04:08:13

Kepada yang pernah atau selalu ke Thailand mesti anda pernah rasa dan nikmati sup ayam di sana? Rasanya memang lain sangat berbanding dengan versi Malaysia punya. Apa-apa makanan di negeri sana semuanya sedap belaka. Kerana ia dilengkapi dengan semua rasa. Rasa masam, rasa manis, rasa masin semua ada. Memang sedap! Jadi mari kita cuba resepi  Sup Ayam Thai dari Tini Joe yang dikongsikan di Facebook.

Kredit: Tini Joe

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Minyak Masak
  • Celery
  • Lobak Merah
  • Kiub Ayam
  • Sup Bunjut Adabi
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Thai Fish sauce
  • Daun Ketumbar / Coriander
  • Hirisan bawang besar (wedges)
  • Cili potong
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Perahan asam limau nipis
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Serai

(Berapa biji kuantiti bahan tumis terpulang kepada kuantiti ayam dan kuah sup)

Kredit: Tini Joe

Cara-cara:

  1. Tumbuk: Bawang putih + Halia
  2. Potong: Bawang merah + Bawang besar + Serai
  3. Ketuk: Cili
  4. Minyak sikit. Tumis semua sekali.
  5. Campur hirisan lemak ayam.

(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh)

  1. Tumis sampai layu/garing/wangi.  Api medium.
  2. Basuh dan potong ayam, celery dan lobak merah.
  3. Tunggu bau naik baru masukkan bahan dalam periuk.
  4. Bila air dah menggelegak, masuk ayam dulu. Lepastu baru masukkan celery dan lobak merah.
  5. Tutup periuk dan biarkan.
  6. Kemudian masukkan kiub ayam, sup bunjut Adabi, garam, gula, Maggi cukup rasa dan thai fish sauce.

Kredit: Tini Joe

Akhir sekali masukkan bahan dibawah:

  1. Daun Ketumbar / Coriander
  2. Hirisan bawang besar (wedges)
  3. Cili potong
  4. Tomato
  5. Daun limau purut
  6. Perahan asam limau nipis

Kredit: Tini Joe

Kredit: Tini Joe

Selamat Mencuba

Kredit: Tini Joe

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN