Categories: Informasi

Tak Buat Diet Ketat, Lelaki Ini Turun Hampir 30kg Dengan Ganti Nasi Kepada Kentang!

Seorang lelaki berusia 43 tahun dari Guangdong, China, dikenali sebagai Chen selepas berjaya turun berat badan hampir 30 kilogram dalam tempoh enam bulan. Menariknya, dia tidak mengamalkan diet yang terlalu ketat, sebaliknya hanya mengubah sumber karbohidrat dalam menu hariannya.

Kisahnya bermula selepas keputusan pemeriksaan kesihatan menunjukkan beberapa masalah yang membimbangkan. Ketika itu, berat badan Chen mencecah sekitar 100 kilogram dan dia mula mengambil langkah untuk memperbaiki corak pemakanannya.

Daripada mengubah keseluruhan menu secara drastik, Chen memilih satu perubahan yang lebih mudah iaitu menggantikan nasi dan mi dengan kentang. Pada masa sama, dia masih mengambil sumber protein dan sayur-sayuran dalam hidangan hariannya.

Baca juga: Dessert Cecah RM35? Netizen Terkejut Tengok Senarai Harga Makanan Di F1 Malaysia, Ini 11 Vendor Ada!

Ganti Nasi Dengan Kentang

Untuk makan tengah hari dan malam, Chen mengambil kentang kira-kira sebesar genggaman tangan. Kentang tersebut hanya dikukus, direbus atau dibakar tanpa minyak, kemudian dimakan bersama daging rendah lemak, ikan, telur dan sayur-sayuran berdaun.

Untuk sarapan pula, dia memilih menu yang ringkas dengan mengambil telur bersama susu soya atau susu segar tanpa gula. Menu tersebut membantu memastikan hidangannya masih mempunyai sumber protein selain karbohidrat daripada kentang.

Turun Berat Badan Hampir 30kg Dalam Enam Bulan

Selepas tiga bulan, berat badan Chen dilaporkan turun sekitar 20 kilogram. Dalam tempoh tiga bulan berikutnya, dia kehilangan 12 kilogram lagi sehingga berat badannya yang sebelum ini sekitar 100 kilogram turun kepada kurang daripada 68 kilogram.

Menurut laporan, tekanan darah dan paras gula dalam darahnya turut menurun, manakala masalah hati berlemak yang dialaminya bertambah baik. Kentang kukus juga dilaporkan mengandungi kira-kira dua pertiga kalori berbanding nasi putih serta mempunyai serat yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.

Kentang turut mengandungi kalium yang penting untuk fungsi badan dan membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit. Namun begitu, kaedah pemakanan ini bukan penyelesaian yang sesuai untuk semua orang kerana keperluan pemakanan turut bergantung pada keadaan kesihatan dan gaya hidup masing-masing.

Sumber: China Press

Baca juga: “Terbaik!”- Wanita Ini Dipuji Ramai, Bukan Sekadar Masak Bekal Untuk Suami Tapi 3 Rakan Sekerjanya Sekali

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

2 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

2 days ago