Categories: Resipi

Resipi Lempeng Dada, Nak Versi Masin Boleh, Nak Tukar Jadi Manis Pun Boleh

Resepi lempeng dada ini antara pilihan yang sesuai untuk sarapan atau hidangan ringan apabila mahukan sesuatu yang tidak rumit. Teksturnya lembut dengan rasa yang sederhana, jadi ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis hidangan mengikut selera.

Untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, lempeng ini boleh dinikmati bersama sambal kegemaran. Jika masih ada lebihan sambal nasi lemak semalam, panaskan sahaja dan jadikan pencicah untuk lempeng. Gabungan lempeng yang lembut dengan sambal yang pedas dan berperisa memang sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Bagi yang lebih menggemari rasa manis, lempeng ini juga boleh disapu jem, madu, atau susu pekat. Mahu yang paling ringkas? Cicah sahaja dengan gula pun sudah cukup untuk menghasilkan rasa manis yang sederhana dan mengingatkan kepada sarapan di rumah.

Baca juga: Resipi Lempeng Sagu Sarawak Yang Rangup Di Luar, Sedap Dicicah Gula Atau Sambal

RESEPI LEMPENG

Bahan-bahan:

  • 3 senduk makan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak
  • ¾ cawan air

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum, telur, garam, dan minyak ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus dikacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul. Pastikan teksturnya agak cair, seperti adunan lempeng.
  3. Panaskan kuali tidak melekat. Angkat kuali daripada api, kemudian tuangkan sedikit adunan sambil melenggangkan kuali supaya adunan tersebar nipis dan sekata.
  4. Letakkan semula kuali di atas api dan biarkan lempeng masak sempurna.
  5. Setelah masak, angkat lempeng dan letakkan di atas pinggan.
  6. Gulung lempeng atau biarkan dalam bentuk kepingan mengikut pilihan.
  7. Siap untuk dihidangkan dengan sambal sardin atau gula mengikut cita rasa anda!

Sumber: Threads @atamayujasmi

Baca juga: Resipi Lempeng Ubi Gula Merah Yang Lembut, Wangi & Lemak Manis, Simple Tapi Mengenyangkan!

Izzati

Recent Posts

Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…

20 minutes ago

Cara Buat Apam Pisang Kukus Supaya Jadi Lembut, Gebu Dan Kembang Cantik!

Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…

1 hour ago

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

3 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

3 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

3 days ago