
Jom cuba resepi air soya homemade di bawah ini. Kalau buat sendiri, anda boleh hasilkan minuman segar tanpa pengawet dan gula tambahan.
Resipi ini mudah diikuti, bahan-bahannya ringkas dan dengan beberapa tip, anda boleh elak bau kacang dan menghasilkan air soya yang tahan lama dalam peti sejuk.
Baca juga: Cara Buat Kopi Santan Vietnam Resipi Khairul Aming, Di Restoran Rembayung Pun Ada Jual!
RESEPI AIR SOYA HOMEMADE

Bahan-bahan:
- Kacang soya (rendam sehingga lembut/kembang)
- Air secukupnya untuk kisar dan merebus
- Daun pandan (untuk aroma)
Cara-cara penyediaan:
- Rendam kacang soya sehingga lembut atau kembang. Buang kulitnya.
- Kisar kacang soya bersama air secukupnya.
- Tapis air kacang yang telah dikisar untuk asingkan hampas.
- Masak air soya di atas api perlahan sehingga benar-benar masak.
- Semasa merebus, masukkan daun pandan untuk mengelakkan bau kacang dan menambah aroma wangi.
Tip elak bau kacang selepas dimasak:
- Jangan gunakan api terlalu kuat supaya air soya tidak mudah hangit atau berbuih berlebihan.
- Untuk rasa dan aroma terbaik, bagi air soya dua kali mendidih. idih pertama dengan api perlahan, kemudian selepas 1–2 minit, kuatkan api untuk mendidih sekali lagi.
- Letakkan daun pandan semasa mendidih. Air soya yang dimasak sempurna boleh tahan beberapa hari dalam peti sejuk.
Sumber: Lin Linda Azlinda
Baca juga: Cara Buat Air Sunquick Laici Lazat Berkrim, Tiap Kali Teguk Terasa Nikmat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














