Menu bekal suami yang dikongsi seorang wanita di Facebook ini menarik perhatian ramai. Bukan untuk suaminya seorang, hidangan yang disediakan malah dikongsi bersama tiga rakan sekerja suaminya!

Menerusi perkongsian Hazlianafadhilah Acik, dia pada asalnya hanya menyediakan bekal untuk suami. Namun, disebabkan gemar memasak dalam kuantiti yang lebih, suaminya mencadangkan agar makanan tersebut dikongsi bersama rakan-rakan sekerja.

Baca juga: “Green Flag” Sejak Kecil! Baru 10 Tahun Dah Pandai Masak Ketam Cili Api, Si Cilik Ini Dipuji Netizen

MENU BEKAL SUAMI DAPAT PUJIAN, SIAP MASAK LEBIH 3 RAKAN SEKERJA

Menurutnya, suami dan rakan sekerjanya melakukan kerja yang banyak melibatkan aktiviti fizikal seperti mengorek tanah dan memasang tiang. Ada kalanya mereka perlu bekerja di kawasan kampung atau lokasi yang agak jauh, sekali gus menyukarkan mereka untuk keluar mencari makanan di kedai.

Disebabkan itu, dia mengambil inisiatif memasak sedikit lebih banyak supaya suami dan rakan-rakannya dapat menikmati hidangan yang sama ketika waktu makan. Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa dia sendiri bekerja, jadi kebanyakan menu yang disediakan adalah jenis yang mudah dan cepat disiapkan.

“Saya pun bekerja, jadi biasanya menu saya masak sejenis saja yang mudah dan cepat,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Untuk memudahkan urusan membawa makanan, dia menggunakan bekas makanan dua tingkat yang menurutnya sesuai untuk memuatkan hidangan bagi empat orang. Ada kalanya, bekas pakai buang turut digunakan.

Perkongsian tersebut bukan sahaja menjadi koleksi menu bekal untuk rujukan dirinya sendiri, malah turut memberi inspirasi kepada mereka yang sedang mencari idea menyediakan bekal untuk pasangan atau keluarga.

Berikut merupakan beberapa bekal koleksi bekal yang dimasak olehnya:

menu bekal suami

menu bekal suami

Sumber: Hazlianafadhilah Acik

Baca juga: Lelaki Jual Nasi Lemak Udang RM3.50 Di Klang Curi Perhatian, Netizen Doakan Jualan Laku Keras!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending