kurma ayam

Jom masak lauk Kurma Ayam, anak-anak mesti suka sebab hidangan ini tak pedas dan sedap berlemak santan macam itu. Makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap sangat!

Nak jimat masa memasak untuk berbuka, boleh guna resipi express ini dari perkongsian Cik Puan Halimatun Nasuruddin ini. Hanya 30 minit sahaja lepastu dah siap untuk dihidangkan. 

Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang

Kebiasaannya, lauk kurma ayam ini hidangan yang paling sesuai kalau dimakan dengan nasi berperisa. Seperti nasi tomato, atau nasi minyak. Ada yang suka makan dengan ayam masak merah dan ada juga yang suka makan dengan masakan kurma seperti ini.

Selain ayam, masakan kurma ni biasa juga dibuat dengan daging atau telur. Kalau pandai buat, lauk kurma ni memang boleh jadi marvellous dan favourite! Cicah dengan roti pun sedap tau.

Jom kita lihat cara-caranya di bawah.


RESIPI KURMA AYAM CARA EXPRESS

Kenapa ekspress sebab bahannya simple dan cepat dimasak. Jom try buat. Dalam 30 minit dah siap masak dah. Bahan bahan pun potong kejap je.

kurma ayam

Bahan-bahan: 

  • Ayam 1/2
  • Kentang – dibelah empat
  • Lobak merah – potong ikur suka
  • Tomato 3 biji – dibelah empat
  • Bawang merah besar – dipotong enam
  • Bawang merah kecik 3 biji – tumbuk hancur
  • Bawang putih 4 ulas – ditumbuk hancur
  • Halia 1/2 inci – ditumbuk hancur
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
  • Halba 1 sudu besar
  • Rempah ayam@daging kurma 
  • Santan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula sekali, basuh bersih ayam dan toskan sekejap. Tumbuk hancur bawang merah, bawang putih dan juga halia. Tumbuk sampai betul-betul lumat

2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan juga 4 sekawan beserta halba. Tumis sampai naik wangi.

3. Kemudian, masukkan rempah kurma yang sudah dibancuh air. Jadikan pes dan tuangkan dalam kuali. Masak sampai pecah minyak.

4. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Kecutkan ayam seketika dengan masukkan sedikit air. Nampak dah mendidih sikit, ayam dah sedikit lembut, masukkan kentang dan juga lobak merah.

5.  Masak sampai empuk kedua-duanya. 

6. Masukkan santan dan biarkan masak sepenuhnya. Agak agak je kepekatan yang korang mahu.

7.  Masukkan tomato dan garam secukup rasa. Siap! Boleh dihidang dan ngapp dengan nasi panas.


Terima kasih kepada Cik Puan Halimatun Nasuruddin kerana sudi berkongsi resipi mudah ini. Untuk yang baru nak mula belajar pun boleh ikut step by step yang saya kongsikan ni.

Seronok tau bila apa yang kita masak tu jadi sedap dan semua orang suka. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Viral Ayam Goreng Hatyai, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN