kuih abuk abuk

Kuih Abuk-Abuk salah satu kuih tradisional yang semakin jarang ditemui, namun tetap menjadi kegemaran ramai. Kuih ini terkenal dengan tekstur kenyal sagu biji yang digabungkan dengan manis gula Melaka serta aroma harum kelapa parut.

Biasanya, kuih ini dibalut dengan daun pisang sebelum dikukus. Namun, kuih ini juga boleh disediakan dalam bekas tanpa perlu membalutnya dengan daun pisang.

Cara membuat kuih ini sebenarnya amat mudah dan ringkas. Sagu perlu direndam terlebih dahulu hingga kembang. Setelah itu sagu ditoskan, kemudian digaul bersama kelapa parut dan secubit garam.

Selepas sagu biji digaul dengan kelapa, ia dilapis dengan gula Melaka di dalam bekas, kemudian dikukus selama beberapa minit. Maka terhasil kuih yang kenyal, manis dan penuh dengan rasa.

Untuk mengetahui resipi penuh dengan lebih lanjut, mari lihat perkongsian seorang pengguna Facebook di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kuih Apam Lambung Telur, Sedap Makan Dengan Kelapa Parut

RESEPI KUIH ABUK-ABUK SAGU

Bahan-bahan:

  • Sagu biji (ikut sukatan keperluan)
  • Kelapa parut
  • Gula melaka/gula merah
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Rendam sagu biji hingga kembang, lebih kurang seminit. Kemudian, toskan.
  2. Gaulkan sagu biji yang sudah ditoskan dengan kelapa parut dan secubit garam.
  3. Masukkan sagu biji ke dalam bekas. Lapiskan dengan gula merah, kemudian tambah lagi sagu biji di atasnya.
  4. Kukus dengan api sederhana selama 5 minit.
  5. Siap, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Amirahh Abdullah

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Kacang Merah Lembut Bergedik, Kenyal-Kenyal & Lemak Manis!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN