resepi spaghetti

Ada yang suka makan spaghetti? Tapi mesti rasa bosan asyik makan spageti bolognese, carbonara atau aglio olio kan? Kali ini apa kata jom cuba 4 resepi spaghetti versi selera orang Malaysia di bawah.

Resipi ini untuk sukatan 1 orang makan. Kalau nak masak untuk kuantiti yang banyak, boleh gandakan sahaja bahan-bahan yang dinyatakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Pancake Korea, Guna Kucai Ganti Daun Bawang. Sesuai Dengan Tekak Melayu!

RESEPI SPAGHETTI SELERA ORANG MALAYSIA

1) SPAGETI CREAMY LEMAK CILI API

resepi spaghetti

Bahan-bahan:

  • 1 sudu makan cili api kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu makan krim kelapa/santan kelapa/cooking cream
  • Sedikit air jika perlu
  • Lauk protein (contoh: ayam popcorn)
  • 1/2 tangkai serai diketuk hujung
  • 1 helai daun kunyit disiat halus
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

  1. Sediakan kuali. Masukkan semua bahan di atas kecuali air, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  3. Tuang ke atas spageti dan taburkan ayam popcorn ke atas spageti.

2) SPAGETI BUTTERMILK CHICKEN

resepi spaghetti

Bahan-bahan:

  • 1 ketul kecil dada ayam
  • 1 biji cili api dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan butter
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

  1. Potong kecil dada ayam, gaul dengan sedikit tepung jagung, garam dan serbuk perasa. Goreng sehingga garing.
  2. Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis cili api dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu dan didihkan. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  4. Tuang ke atas spageti dan taburkan ayam goreng tadi.

3) SPAGETI CHILI OLIO

Bahan-bahan:

  • 1-2 sudu makan chili flakes
  • 1-2 sudu makan bawang putih dicincang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Kicap cair secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Sambil itu, sediakan mangkuk dan masukkan semua bahan kecuali kicap cair.
  2. Bila minyak dah panas, tuangkan ke atas bahan campuran dalam mangkuk tadi.
  3. Gaul rata dan terus masukkan spageti.
  4. Gaul dan percikkan kicap cair hingga secukup rasa.
  5. Hidangkan dengan ayam popcorn.

4) SPAGETI MAMAK STYLE

resepi spaghetti

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan pes mi goreng
  • 1 keping tauhu potong kecil
  • Sedikit isi ayam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Kicap cair secukupnya
  • Tauge dan kucai secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali. Masukkan pes mi goreng dan kacau sekejap.
  2. Masukkan isi ayam dan tauhu. Kacau sehingga masak.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap cair secukupnya.
  4. Kemudian masukkan spageti dan gaul rata. Pecahkan telur dan biarkan masak sekejap. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, masukkan taige dan kucai. Hidang panas.

Sumber: Faraherda

Baca juga: Lebih 1.2K Shares, Resipi Kimchi Tekak Melayu Ini Raih Perhatian, Guna Saja Bahan Yang Ada!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN