Categories: Artikel

Kertas Pembungkus Makanan Rupanya Ada Lemak Haiwan ‘Tersembunyi’, Halal Ke Nak Guna?

Bila beli makanan di luar, biasanya kita fokus pada makanan itu sendiri sama ada halal atau tidak. Tapi siapa sangka, kertas pembungkus makanan pun sebenarnya boleh jadi penentu halal dan haram.

Ramai tak sedar bahawa dalam industri pembungkusan, kertas yang nampak biasa itu melalui proses panjang, siap ada coating, bahan kimia dan pelekat. Sesetengah bahan ini mungkin datang dari sumber haiwan, termasuk yang tidak halal.

ADA KAJIAN MENGATAKAN KERTAS PEMBUNGKUSAN MAKANAN BOLEH MENGANDUNGI BAHAN ASAL HAIWAN

Menurut para penyelidik dalam bidang halal dan keselamatan makanan, bahan seperti gelatin, tallow (lemak haiwan) dan perekat berasaskan protein memang digunakan dalam industri kertas pembungkus.

Beberapa kajian akademik menyebut bahawa bahan-bahan ini memerlukan verifikasi halal kerana potensi berasal daripada haiwan tidak disembelih secara syariah atau daripada sumber tidak halal.

Secara ringkasnya, bukan makanan sahaja perlu halal tapi pembungkusnya juga penting untuk dipastikan suci dan bersih.

PROSES PEMBUATAN KERTAS PEMBUNGKUS MAKANAN

Berikut beberapa bahagian proses pembuatan kertas pembungkus makanan yang sering menjadi perhatian pakar halal:

1. Coating (lapisan) dan sizing agent.

Digunakan supaya kertas tak mudah serap minyak atau air. Masalahnya, ia kadang-kadang diperbuat daripada gelatin haiwan.

2. Lem pelekat.

Digunakan pada bahagian sambungan kertas atau kotak. Sesetengah pelekat menggunakan protein haiwan sebagai bahan pengikat.

3. Dakwat cetak.

Ada dakwat menggunakan pelarut berasaskan alkohol.

4. Kontaminasi silang di kilang.

Mesin yang menghasilkan pelbagai jenis produk kertas boleh menyebabkan risiko bercampur dengan bahan tidak halal.

KENAPA HALAL PADA KERTAS PEMBUNGKUS MAKANAN JUGA PENTING?

Kredit gambar: Alibaba.com

Islam mengajar kita supaya mengambil sumber makanan yang halal lagi baik. Walaupun kita tak makan kertas itu, tetapi jika pembungkusnya mengandungi najis atau bahan haram, ia boleh menjejaskan status makanan.

Dalam konteks pengguna moden, ini termasuklah kebersihan proses, bahan asas dan integriti rantaian pembekalan.

APA YANG PENGGUNA BOLEH BUAT?

Tidak semestinya kita perlu paranoid, tapi kita boleh jadi lebih cakna:

  • Pilih produk yang menggunakan pembungkusan berlabel halal (semakin banyak syarikat sudah mula sertakan).
  • Utamakan makanan dari peniaga atau jenama yang menjaga standard kebersihan dan halal.
  • Jika beli makanan berbungkus, boleh periksa sama ada jenama tersebut menggunakan bahan pembungkus yang disahkan selamat dan halal.

Kertas pembungkus makanan mungkin nampak remeh, tapi ia sebahagian daripada proses makanan yang kita ambil setiap hari.

Sebagai pengguna Muslim, menjadi lebih peka bukan bermaksud menyusahkan diri, sebaliknya memastikan makanan yang masuk ke dalam tubuh benar-benar halal, bersih dan meyakinkan.

Kesedaran kecil seperti inilah yang menjadikan kita pengguna bijak dan lebih berhati-hati dalam soal halal.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Everything Brunei, Alibaba.com

Sumber: aishamaharani

Baca juga: Makanan Kucing Rupanya Ada Hati Babi, Halal Ke Nak Bagi Si Bulus Makan?

Aimi

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

12 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

12 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

13 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

15 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

16 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

16 hours ago