nasi lemak mudah

Jika duduk di rumah sendirian atau berdua saja, wajib cuba resipi Nasi Lemak mudah yang tak renyah dan boleh cepat siap tapi tetap sedap dimakan sampai licin pinggan.

Wan Luqman telah kongsikan resipi Nasi Lemak mudah di Facebook menggunakan sukatan pot dan sesuai untuk mereka yang tak ramai orang di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Goreng Berempah Sedap Sampai Ke Tulang, Rangup Lain Macam!

RESIPI NASI LEMAK MUDAH

nasi lemak mudah

Bahan-bahan nasi lemak:

Cara-cara masak nasi lemak:

  1. Masukkan beras, santan, air dan garam ke dalam periuk.
  2. Tambah daun pandan serta hirisan halia.
  3. Masak seperti biasa sampai nasi masak.

nasi lemak mudah

Bahan-bahan sambal nasi lemak:

  • 3 sudu besar bawang kisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Hirisan bawang (bawang ros atau bawang siam)
  • 100ml air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Gula melaka (jika ada)
  • Daun pandan
  • Ikan bilis (digoreng atau dimasukkan terus)

Cara-cara masak sambal nasi lemak:

  1. Tumis bawang kisar. Jika meletup-letup, itu tandanya bawang masih berair. Buang lebihan air sebelum menumis.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai sedikit garing.
  3. Tambahkan hirisan bawang, diikuti air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Jika guna gula melaka, sambal akan lebih sedap dan beraroma.
  5. Masukkan daun pandan dan ikan bilis. Jika nak bilis kekal rangup, masukkan pada akhir sekali.
  6. Biarkan sambal masak sampai pekat. Jika suka sambal berkuah, jangan biarkan terlalu kering.
  7. Apabila sambal mula memekat, tutup api.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Sambal Kerang Pedas Manis, Ramai Kata Sedap Makan Dengan Nasi Lemak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN