Pantang dapat peluang pergi pasar malam, mesti nak beli sate panas-panas. Bila dapat tahu ada resipi perapan sate dan kuah kacang yang boleh buat sendiri di rumah, memang tak sabar nak cuba.
Perkara paling penting untuk buat sate yang sedap terletak pada cara perapannya. Setelah perapan sate meresap cantik dan kuah kacang pula pekat beraroma, mesti puas hati dengan hasilnya.
Wati Muhamad berkongsi cara buat perapan sate dan kuah kacang yang sedap sampaikan ramai teruja untuk buat sendiri di rumah. Bukan setakat jimat, tapi menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Petua Nasi Impit Tahan Lama Dan Tak Cepat Basi, Kekal Lembut Berhari-Hari!
Kredit gambar: Facebook SATAY KING
Bahan A (untuk dikisar):
Bahan B:
Cara-cara menyediakan perapan sate:
1. Kisar semua bahan A sehingga betul-betul halus.
2. Campurkan gula merah dan gula putih, kemudian tuang ke dalam bahan kisar.
3. Gaul sebati dan biarkan seketika supaya bahan meresap.
4. Cucuk daging atau ayam pada lidi dan teruskan proses membakar seperti biasa.
Bahan-bahan untuk kuah kacang:
Cara-cara menyediakan kuah kacang:
1. Kisar serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.
2. Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah, separuh dikisar halus, separuh lagi dikisar kasar supaya teksturnya lebih menarik.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Facebook SATAY KING, YouTube Sarahan Channel
Sumber: Wati Muhamad
Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…