minyak berbuih semasa menggoreng

Siapa yang tak panik apabila tiba-tiba saja minyak berbuih semasa menggoreng di dapur? Bukan saja nampak tak selesa, malah boleh menjejaskan rasa dan rupa masakan.

Masalah minyak berbuih biasanya berlaku apabila ada sisa air, lebihan tepung atau bahan yang mengandungi kelembapan tinggi dalam minyak.

Selain itu, penggunaan minyak berulang kali juga boleh menjadi penyebab utama minyak cepat berbuih. Oleh sebab itu, tak digalakkan untuk menggunakan minyak yang sama banyak kali.

Tapi jangan risau, tak semestinya kena buang minyak terus. Dengan satu bahan dapur yang ringkas iaitu asam keping, anda boleh selesaikan masalah ini dalam sekelip mata.

Baca juga: 5 Cara Nak Pastikan Minyak Betul-Betul Panas, Guna Tips Ini Sebelum Goreng

PETUA MINYAK BERBUIH SEMASA MENGGORENG

minyak berbuih semasa menggoreng

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak seperti biasa.

2. Apabila minyak sudah panas, masukkan sekeping atau dua asam keping ke dalam minyak.

3. Biarkan ia berenang dalam minyak sepanjang proses menggoreng.

Asam keping akan membantu menyerap lebihan kotoran dan mengurangkan buih. Pada masa yang sama, ia membuatkan minyak lebih tenang walaupun digunakan beberapa kali.

Tips tambahan supaya minyak tak berbuih:

1. Pastikan bahan yang hendak digoreng tak basah atau berair.

2. Tapis minyak selepas setiap kali digunakan untuk buang sisa makanan.

3. Elak guna minyak terlalu banyak kali dan tukar apabila minyak sudah gelap serta berbau.

4. Gunakan periuk atau kuali yang bersih dan kering.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Shieda Shakir, Ezzan Syazatul

Sumber: Ezzan Syazatul

Baca juga: 6 Petua Makanan Goreng Tak Serap Minyak, Nak Masak Nanti Boleh Guna!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN