kepak ayam teriyaki air fryer

Jom buat Kepak Ayam Teriyaki Air Fryer. Tinggal perap dan bakar je lepas itu boleh terus makan!

Hidangan teriyaki ini asalnya dari Jepun dan memang sedap dimakan kerana tekstur sosnya yang pekat, manis dan wangi. Sesuai untuk anak-anak nak makan.

Bukan itu sahaja, sebenarnya teriyaki ni ada maksudnya dalam bahasa Jepun. Iaitu gabungan yaki bermaksud ‘panggang/goreng’ dan juga ‘sos teri’.

Baca juga: Pistachio Crusted Salmon, Bakar 6 Minit Je Guna Air Fryer!

Sos teri ni ialah campuran dari sos soya dan sake iaitu sejenis wain Jepun. Tapi bila dah dikenali di Malaysia, sosnya tu diubah suai resepinya bersesuaian dengan masyarakat kita.

Sedap juga bancuhan sos teri ‘versi Malaysia’ ni. Jadi, bila gabungkan dengan gorengan daging, lagi bertambah padu rasanya.

Resipi kepak ayam teriyaki yang sedap dan mudah ni dikongsikan oleh Eqa Suhayl menerusi laman Facebook. Hidangan ni memang nampak sangat menyelerakan dengan campuran beberapa jenis sayuran.

Kuah sosnya dimasak pekat dan rasa manis. Nanti dalam masakan akan dimasukkan sekali sedikit lada hitam untuk menambahkan rasa bahang dan pedas dalam masakan.


RESIPI KEPAK AYAM TERIYAKI AIR FRYER

kepak ayam teriyaki

Bahan-Bahan :

  • 6 ketul kepak ayam
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – ditumbuk 4 sudu kicap manis
  • 2 sudu madu
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu teh minyak bijan/zaitun
  • 1/2 sdt garam

Cara-Cara :

1. Gaul semua bahan di atas.

2. Perap kepak ayam sejam atau lebih.

3. Bakar dengan suhu 180C selama 10 minit, terbalikkan ayam, kemudian sapu bahan perap dan tambah lagi 10 minit.

4. Siap untuk dimakan!

Tip tambahan: Guna aluminium foil. Kuah perap yang bertakung boleh guna sebagai gravy tambahan dan buat ayam ala wet look gitu.


Yummy! Tengok je pun dah tergoda. Kalau hidangkan dengan nasi panas, memang berselera bila gaulkan kuah sos teri ni bersama nasi. Makan pula dengan kepak ayam yang memang sedap. Confirm makan bertambah-tambah punya.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN