susu goreng

Susu goreng atau latte fritto merupakan satu snek yang berasal dari Itali. Rasa yang rangup di luar tapi lembut di dalam, sangat senang untuk dibuat.

Jarang sekali kita dapat jumpa orang menjual susu goreng ini kan? Jadi resipi oleh Akie Jack melalui laman sosial TikTok beliau, sangat ideal untuk dicuba di rumah.

Kalau yang ada anak, snek ini mesti akan menjadi kegemaran mereka! Sesuai juga untuk dijadikan makan pagi juga makan petang. 

Baca juga: Cara Potong Buah Delima Dengan Cepat, Nak Makan Pun Mudah!

RESIPI SUSU GORENG

Bahan-bahan:

  • 500ml susu segar
  • Gula
  • Kulit lemon
  • Kulit limau
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 3 biji kuning telur
  • Tepung jagung
  • esen vanilla
  • Butter
  • Tepung gandum
  • Minyak masak

Cara-cara membuat:

1. Didihkan susu dan gula di atas api kecil sehingga larut.

2. Tutup api kemudian masukkan kulit lemon dan kulit limau yang dihiris serta kulit kayu manis.

 

3. Dalam adunan kedua, campurkan 3 biji kuning telur, tepung jagung, susu segar dan esen vanilla dan gaul sebati.

 

4. Tapiskan susu yang kita masak tadi dalam adunan yang kedua.

5. Masuk semula adunan sampai kental.

6. Sapu loyang dengan butter supaya adunan tidak melekat.

7. Sejukkan dalam peti ais sehingga adunan kental.

8. Potong dalam bentuk segi empat, celup dalam tepung dan kuning telur yang telah dipukul.

9. Goreng sehingga warna keperangan.

10. Taburkan gula castor.

susu goreng

11. Siap!

Sumber: Akie Jack via Tiktok

Baca juga: Cara Tanam Cili Sejambak Macam Ini. Rahsianya Adalah…

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN