nasi goreng kicap

Suka siapa makan nasi goreng kicap? Rasa dia memang sedap sangat. Kalau pergi kedai makan pun mesti akan pesan nasi goreng ni.

Mudah saja nak buat, tak rumit langsung. Buat sendiri boleh buat ikut citarasa tekak masing-masing. Jom lihat resipi di bawah hasil perkongsian oleh Dalila Amli.

Baca juga: Petua Supaya Nasi Lambat Basi, Hanya Letak Satu ‘Bahan’ Ini Semasa Ditanak

Cara Buat Nasi Goreng Kicap

Bahan-bahan:

  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Cili padi*
  • Telur
  • Ikan bilis*

Cara-cara:

1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda (*).

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.

3. Bila dah naik bau, pecahkan telur. Bila telur dh agak kering, pecahkan dan gaul dengan bahan tumis.

4. Masukkan garam/secukup rasa/perasa.

5. Masukkan nasi dan gaul rata.

6. Masukkan kicap dan gaul rata.

nasi goreng kicap

7. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

nasi goreng kicap

Kredit: Dalila Amli