kek tapak kuda

Baru-baru ini, ramai di media sosial bercakap tentang  Kek Tapak Kuda yang viral dijual secara dalam talian. Menurut perbualan netizen, ramai berebut-rebut untuk membeli kek berkenaan sehingga berlaku kekecohan.

Kek berbentuk tapak kuda tersebut diminati kerana bentuknya berbeza dan unik dari kebanyakan kek di pasaran. Awalnya, kek ini dijual dengan isian Nutella saja, tetapi sekarang terdapat berbagai variasi dan isian yang dapat dibeli.

Baca juga: Kek Pandan Resipi RINGKAS, Tetap Gebu Dan Moist Kejadiannya

Beberapa contoh isian termasuk ‘matcha crunchy’, ‘Biscoff crunchy’, dan lain-lain. Isian ‘matcha crunchy’ diketahui menjadi salah satu yang paling diminati.

Disebabkan masih banyak yang belum dapat mendapatkan kek dengan isian tersebut, MyResipi hari ini ingin berkongsi resipi dari Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba. 

RESIPI KEK TAPAK KUDA LEMBUT DAN GEBU

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Pukul sampai gebu dan kembang semua bahan kecuali butter cair. Bila sudah gebu dan fluffy, masukkan butter cair. Kaup semula hingga sebati.

2. Asingkan 100g adunan dan masukkan 1sdb serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.

3. Simpan sikit lebihan utk lorekkan bhgian atas.

4. Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.

5. Dah siap bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula. Wrap degnan menggunakan plastik cyling wrap kemas-kemas.

6. Boleh letak filling kesukaan. Boleh letak chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.

kek tapak kuda

Semoga perkongsian resipi ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan selamat mencuba. 

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Kek Tornado Viral Guna Sukatan Cawan, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN