jenis susu

Jika ke pasar raya, kita boleh lihat ada pelbagai jenis susu yang dijual. Boleh jadi keliru bila tengok banyak sangat jenis susu. Tetapi dalam banyak-banyak susu tersebut, rupanya ada satu jenis susu yang b0leh menjadi punca ‘potong kaki’. Jadi sebelum membeli, pastikan anda mengetahui kegunaan dan khasiat susu tersebut.

Jika nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang menerangkan perbezaan beberapa jenis susu yang ada di pasaran. Dengan mengetahui perbezaan ini akan memudahkan anda untuk membezakan antara susu yang bagus atau tidak untuk diminum.

Baca juga: Banyak Sangat Jenis Susu Formula Bayi, Jangan Sampai Tersalah Pilih

Jenis Susu Yang Perlu Anda Tahu

“Yang awak pergi beli susu ni buat apa?”

Kalian pernah alami situasi ini tak? Suruh suami beli susu penuh krim, kemudian tak tahu susu apa yang dibelinya. Lain disuruh, lain pula yang dibeli.

Ha, jom kongsikan senarai jenis-jenis susu ini pada suami anda. Boleh kongsikan juga kepada anak-anak di rumah supaya tidak tersilap beli.

1. Susu segar (Fresh Milk)

Susu mentah yang dipasteurkan untuk membunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya (cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)

Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

#Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)

Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

4. Susu Skim (Skimmed Milk)

Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

Macam mana lemak diasingkan daripada susu?

Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.

5. Krim (Heavy Cream)

Ia krim terapung yang diasingkan daripada susu asli dan memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar (whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Sejat (Evaporated Milk)

Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)

jenis susu

Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Biasanya susu ini digunakan untuk buat teh tarik yang kaww! Susu inilah yang banyak ‘potong kaki’ rakyat Malaysia.

8. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)

Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.

9. Susu Formula (Infant Formulated Milk)

Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.

10. Krimer (Creamer)

Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ini pun salah satu susu yang ‘jahat’.

Okay, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan. Semoga bermanfaatl

Baca juga: Mampu Ganti Gula Putih, Pakar Dedah Khasiat GULA KELAPA Yang Ramai Tak Tahu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN