Kek Tornado

Pernahkah anda mencuba kek tornado yang viral ini? Kek yang dikenali sebagai Tornado Chocolate Cheesecake ini menjadi kegilaan ramai. Terutamanya peminat kek coklat dan kek keju.

Gabungan coklat dan keju yang menarik ini tidak akan mengecewakan! Silap haribulan ketagih dibuatnya.

Baca juga: Kek Yogurt Cheese Strawberry Lembut Dan Gebu, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri di rumah, apa kata anda mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Fatimah Saari ini. 


RESIPI KEK TORNADO VIRAL GUNA SUKATAN CAWAN

kek tornado

Bahan-bahan kek:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat 
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air panas

Cara penyediaan kek:

  1. Pukul telur + gula + esen vanilla. Pukul rata.
  2. Masukan minyak masak dan kacau biar sebati.
  3. Masukkn tepung + baking powder + soda bicarbonat
  4. Masukkan serbuk koko/coklat/milo.
  5. Akhir sekali, masukkan air panas kacau rata.
  6. Bakar api atas bawah suhu 180/ 50minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda.
  7. Kalau nak kukus boleh kukus 40-45 minit.

Bahan-bahan cream cheese:

  • 250 gram cream cheese
  • 60ml whipping cream 
  • 3-4sb susu pekat 

Cara penyediaan cream cheese:

  1. Mixer cream cheese sampai lembut.
  2. Tambahkan susu pekat. Rasa tahap kemanisan yang anda suka.
  3. Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.

Bahan-bahan coklat ganache:

100ml whipping cream
250gram milk compound
2sb mentega/marjerin

Cara penyediaan coklat ganache: 

  1. Double boiler sampai sebati dan last sekali masukkan marjerin.
  2. Kek keluarkan dan potong dua. Letak lapisan kek 1 + cream cheese.
  3. Kemudian, letak lapisan kek kedua letak cream cheese lagi lepas tu baru letak ganache. Siap!

kek tornado


Selamat mencuba resipi Kek Tornado yang viral ini. Nak buat untuk meniaga pun boleh. 

Sumber: Fatimah Saari

Baca juga: Kek Fruit Pastry Cara SIMPLE, Kek Viral Tahun 2010 Dah Trending Balik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN