kek batik meltingKek batik melting ini telah mendapat ribuan perkongsian melalui laman sosial Facebook milik Cik Puan Tuan Adriana Arissa. Rugilah kalau kita tak cuba kan?

Resipi ini lembut macam kek bila digigit. Sebab itulah namanya kek batik melting. Jaga-jaga satu loyang mungkin tak cukup!

Ikuti perkongsian di bawah ini. 

Baca juga: Donut Bomboloni Anti Gagal, Hasil Jadi Gebu Gebas Dengan Resipi Ini!

RESIPI KEK BATIK MELTING

Bahan-bahan Kek Batik:

  • 600g biskut Marie (dipatah-patahkan)
  • 200g mentega
  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Bahan-bahan Topping/Ganache:

  • 100g coklat susu (milk compound)
  • 100g coklat gelap (dark compound) – (gunakan jenama Beryls)
  • 200ml krim putar (whipping cream)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar sirap emas (golden syrup) – (pilihan)
  • 1 sudu teh minyak hazelnut (tips untuk rasa coklat yang sedap seperti Cadbury, jika tiada boleh diabaikan)

Cara Penyediaan:

1. Cairkan semua bahan topping dengan kaedah double boil atau gunakan ketuhar gelombang mikro (microwave). Ketepikan dan biarkan sejuk sekejap.

2. Cairkan mentega dalam kuali menggunakan api kecil.

3. Masukkan susu pekat dan kacau hingga rata.

4. Masukkan Milo dan serbuk koko. Kacau cepat-cepat untuk mengelakkan berketul.

5. Masukkan telur, kacau hingga sebati, kemudian masukkan air. Kacau hingga rata.

6. Akhir sekali, masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan. Kacau hingga semua biskut bersalut dengan adunan coklat.

7. Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10 inci yang telah dialas dengan plastik (untuk memudahkan keluarkan kek). Tekan-tekan supaya padat.

8. Tuang topping coklat ganache di atas adunan kek batik. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.

 

kek batik melting

TIP POTONGAN CANTIK

  • Keluarkan kek dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika sebelum memotong untuk memudahkan kek dipotong.
  • Gunakan pisau yang dicelup dalam air panas atau dilap dengan tisu setiap kali memotong untuk mendapatkan potongan yang cantik dan kemas. Potongan yang kemas akan membuat kek lebih sedap dimakan.

Sumber: Tuan Adriana Arissa 

Baca juga: Resipi Udang Masak Diraja, Masak Ini Barulah Isteri Mithali!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN