tepung bungkus

Kuih tepung bungkus, kuih tradisional yang sangat sedap dan tidak pernah ditelan zaman.

Kalau di bandar, agak susah nak jumpa peniaga yang jual kuih ni. Kalau ada, mungkin kurang kena dengan selera.

Jadi kalau nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resipi perkongsian saudari Faezah Ab Wahab ni antara yang terbaik.

Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT KUIH TEPUNG BUNGKUS

Bahan-bahan badan:

  • 3 cawan santan
  • 1 ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga pekat.

2. Kemudian tutup api.

Bahan-bahan inti:

  • ½ biji kelapa muda
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan air
  • Daun pandan

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga kering. Letak sedikit tepung supaya kelapa menjadi lembab bersalut.

2. Bila dah masak, bulat-bulatkan kecil untuk dijadikan inti.

tepung bungkus

3. Ambil daun pisang, letakkan tepung pulut dan  inti kelapa.

4. Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.

Selamat mencuba!

tepung bungkus

Kredit: Faezah Ab Wahab

Baca juga:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN