kimbap daging

Apa kata kita buat Kimbap Daging menggunakan daging korban yang disedekahkan oleh jiran tetangga atau pihak masjid. Kadang bila tak tahu nak masak apa, memang dilema juga perasaan ini.

Hidangan ini juga dikenali sebagai maki sushi atau nasi gulung korea. Kimbap adalah makanan ringan korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dengan bermacam-macam bahan lain kemudiannya digulung dalam lapisan seaweed kering.

Baca juga: Japchae Ikut Tekak Melayu, Korea Glass Noodle Yang Sedap Dan Rugi Tak Cuba!

Kalau dikorea dikenali sebagai kimbap, di Jepun pula dipanggil sebagai sushi. Yang membezakan kedua kudapan ini adalah penggunaan minyak bijan dan juga cuka.

Nak mencuba kimbap daging ini, jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya dengan mengikuti perkongsian dari Cik Puan Nur Anny Sofia ini.


RESIPI KIMBAP DAGING ALA KOREA

kimbap korea

Bahan nasi dan perasa:

  • Beras sumo dalam 2 cawan 
  • Sushi Vinegar – 1 sudu makan 

Bahan-bahan lain:

  • Nori/seaweed 
  • Sosej – yang dah siap direbus
  • Filamen stick- juga siap direbus
  • Danmuji (Radish Pickles) – Potong Panjang
  • 1 batang timun jepun – potong panjang then goreng bersama minyak bijan
  • Telur dadar dipotong panjang
  • Bayam – Celur dan buang air dan gaul bersama minyak bijan
  • Carrot – potong halus dan goreng sekejap bersama minyak bijan

Bahan isi:

  • Spicy fish cake yang dah dimasak – potong nipis kemudian gaul bersama gochugaru, gula, soy sauce, dan tumis 
  • Daging goreng – Gaul daging terlebih dahulu dengan soy sauce, daun bawang, garlic and minyak bijan and baru goreng sampai masak
  • Halal Chicken Luncheon Meat 
  • Kimchi – optional

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula sediakan nasinya dahulu. Cuci beras bersih-bersih, dan masak dalam periuk nasi. Lebihkan air untuk dapatkan nasi yang lembik.

2. Dalam bekas lain, satukan nasi bersama sushi vinegar. Kacau sebati sehingga larut.

3. Selepas itu sedia untuk buat roll kimbap. Bentangkan bamboo mat.

4. Letak nori/seaweed. Kemudian ambil nasi dan ratakan kat atas permukaan seaweed..nk cantik mcm saya punya kimbap..ratakan nasi nipis sahaja.

5. Susun bahan-bahan isinya..jgn kedekut kalau nak isi banyak! filling boleh pilih diantara basic atau saya punya version.

6. Gulung dengan ketat dan mampat.

7. Selepas itu buka bamboo mat, dan keluarkan roll kimbap tadi. Potong ikut saiz yang tak terlalu nipis.

8. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Kimbap Daging ini.

Baca juga: Bebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN