Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

Siapa je tak suka kek kan? Dah la manis dan lembut, memang sedaplah kalau makan. Haa kalau anda pecinta kek, ini adalah berita baik untuk anda. Di Cameron Highland, ada sebuah kedai kek viral yang menjual pelbagai jenis kek tau. Sebut je nak kek apa semua ada. Nama kedai ini adalah Kedai Kek Pak Tam.

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual:

Sebuah akaun di Twitter @syeerayahaya, ada berkongsi sebuah kedai yang bernama Kedai Kek Pak Tam. Kedai ini sudah pun viral di Twitter dan mendapat sambutan yang hangat.

Wehhh sebenarnya mesti ramai kan yang dah tahu kewujudan Kedai Kek Pak Tam, Brinchang ni! Aku datang pun sebab dah viral

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

Memang patut ler viral sebab memang sedap pungggg. So ni yg aku dah bedal dan sempat jugaklah repeat

Kek yang dijual di sini diletakkan di dalam sebuah bekas plastik yang agak besar. Dan yang bestnya, harga kek di sini sangatlah murah tau! 1 bekas berharga RM13 dann kalau anda beli 5 untuk RM60 sahaja. Memang berbaloi.

Antara jenis kek yang dikongsi oleh @syeerayahaya:

1. Parmesan Cheesecake

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

100% ecommended. Dia lebih moist and bila kunyah dia macam berlemak di mulut lepastu terus turun bawah pergi beli lagi dua bekas (kedai dia dekat bawah apartment yg kitorg sewa je)

2. Japanese Cheesecake

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

Yang ni lah yg aku order first sekali. Sebab ingatkan rasa dia macam yang hanjuku yg dekat Family Mart tu. tapi rupanya dia kurang moist dari Parmesan. Bila kunyah dia light light je

3. Chocolate Indulgence

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

Siapa je yang tak suka signature Secret Recipe ni haha. Tapi jangan expect tinggi la. Yang layer tengah tu instead of creamy ice cream macam kat SR, yang ni memang fully cream cheese dia letal kat tengah tengah

4. Pandan Cheese

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

Sedap! Moist moist gittew. Tak kering. Just nice. Wajib ambil kalau nak beli combo 5 pack tu. recommended. Ni aku repeat kali kedua before balik rumah

5. Carrot cake

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

Aku beli ni sebab aku mmg suka giler kek lobak. Tapi….. biasalah langit tak selamanya cerah. Biasa biasa je. Aku beri 4/10

Nampak menarik kan kek yang dijual di sini? Haa jadi kalau anda yang berminat dengan kek, jangan lepaskan peluang ini untuk borong semua jenis kek! Memang dijamin berbaloi.

Alamat: Pak Tam Kek Cameron Highland, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (9.30AM – 11.45PM)

Sumber: @syeerayahaya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN