kek coklat moist kukus

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang kek yang lembut dan basah-basah gebu sememangnya boleh bikin ketagih!

Bukan saja sedap, cara membuatnya yang menggunakan sukatan cawan juga sangat mudah untuk dicuba oleh anda semua.

Jom cuba resipi perkongsian oleh Puan Ina Zuerina di bawah. Pasti menjadi!

CARA BUAT KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan A:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat

Campurkan semua bahan A. Masak atas api kecil sehingga larut.

Bahan B:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder

Masukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai putih.

Bahan C:

  • 3 biji telur
  • 1sk esen vanilla

Cara-cara:

1. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C.

2. Kacau guna whisk sahaja sehingga sebati dan tiada ketulan tepung. Kemudian tuang ke dalam loyang.

3. Panaskan pengukus. Kemudian baru kukus sehingga masak selama 15 minit untuk bekas kecil atau 30 minit untuk bekas besar.

kek coklat moist kukus

Bahan-bahan coklat topping:

  • 1/2 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan-bahan. Kemudian masak menggunakan kaedah double boiler sehingga sebati.

2. Suamkan terlebih dahulu. Kemudian boleh dituang ke atas kek tadi. Taburkan coklat rice sebagai hiasan. Selamat mencuba!

Kredit: Ina Zuerina

Baca juga: Puding Biskut Marie, Rasa Macam Kek Batik Tapi Tekstur Puding Yang Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN